Sunday, 7 April 2013

Bawaku Pergi... 9

Bab 9

10 tahun yang lalu...

Bunyi air menitik dari paip mengejutkan Rozaina dari pengsan. Rozaina memandang sekeliling bilik yang usang dan kotor itu. Tiada satu perabot di dalam bilik itu melainkan kerusi kayu yang Rozaina duduk dan diikat kemas dirinya pada kerusi itu. Sekali lagi, tangannya yang diikat di belakang digerakkan. Rozaina mengetap bibir menahan pedih datang dari tangannya. Tali yang mengikatnya diikat dengan ketat. Terlalu ketat. Tiap kali tangannya bergerak, tali kasar itu meninggalkan kesan merah pada kulit putih gebunya sehingga berdarah.


Derapan kaki yang datang dari luar bilik itu mematikan gerakan Rozaina. Bibir pucatnya bergetar. Perasaan takutnya menggunung. Hatinya berdetak laju. Rozaina memandang sekeliling untuk mencari sesuatu yang boleh melepaskan dirinya. Walaupun dirinya tahu tak mungkin dia akan terlepas dari lelaki jahanam itu.

"Hello, sweetheart. Did you wait long?" sapa seorang lelaki sedang berdiri tidak jauh darinya.

Rozaina diam. Matanya bulat dengan ketakutan yang tak mampu ditafsirkan.

Ten tersenyum manis. Suka dia melihat gadis yang digilai itu dalam ketakutan pada dirinya. Dia mendekatkan dirinya pada Rozaina.

Rozaina menggeleng. "Jangan dekat!" jeritnya namun Ten masih meneruskan sehingga dia berada di depan Rozaina. Rozaina memandang lelaki yang kacak wajahnya dengan mata berwarna hazel gelap dan redup. Memakai jaket hitam, jeans biru. Ditangannya terdapat sebotol air mineral.

"It's our day, my dear. Hari ni 10. Takkan sayang dah lupa temu janji kita?" bisiknya lembut dengan suara romantis.

"Temu janji? Jahanam kau!! Aku taknak!!"

Ten ketawa jahat. "My luv. You are so sweet when you are afraid, you know. I love that side of yours. Rugi Rozaina yang sebenar tak rasa, betul tak Puteri Nur Rozaina Suhaila?"

Muka Rozaina yang memang tersedia pucat makin pucat. Berkali-kali dia mengingatkan dirinya 'This is just a game to him'.

Ibu jari Ten menggosok lembut bibir pucat Rozaina. Matanya yang redup mengganas meminta perempuan itu berada di dakapannya. "Ah... your lips is so soft." sebaik menghabiskan katanya, Ten mengucup bibir Rozaina dengan lama.

Rozaina memandang tempat lain. "Blasted son of a bitch! Leave me alone!!" jeritnya lantang dengan air mata ketakutan mengalir. Dia tahu apa lelaki di depannya akan lakukan selepas itu. Biarpun dia bersembunyi namun lelaki itu masih dapat menangkapnya setiap kali tarikhnya sama dengan namanya, sepuluh, Ten.

Ten tersenyum. "Didn't your mother teach you not to say foul words?" sekali lagi dia mencium Rozaina tetapi kali ini lebih memaksa Rozaina untuk membuka mulutnya supaya lidahnya masuk ke dalam sambil tangan Ten membuka ikatan pada tangan Rozaina dan kaki. Ditarik pula Rozaina ke lantai dengan kasar.Dia mengoyakkan pula blouse biru Rozaina selepas membuka bajunya. Rozaina menjerit tetapi mulutnya dilindungi dengan mulut Ten. Tangan Rozaina berkali-kali menolak tubuh tegap Ten yang penuh dengan parut.

Dirinya ditindih dan dia tidak mampu membuat apa-apa bila mulut Ten mencium dengan rakus seluruh tubuhnya. Sebelah tangan mengunci kedua-dua tangan Rozaina manakala tangan satu lagi berusaha mengoyak seluar jean Rozaina.

Rozaina menjerit, menyumpah seranah lelaki yang menindihnya. Tangan Rozaina bukan setakat menolak tetapi mencakar tubuh Ten sehingga berdarah tetapi Ten hanya ketawa. Suka dengan perangai Rozaina yang bagaikan kucing.

Apabila Rozaina merasakan Ten dalam dirinya, dia menangis teresak-esak namun Ten menghalang bunyi tangisan itu dengan mencium Rozaina dengan rakus. Rozaina mencaci Ten yang merogolnya dalam hati. Marahnya bukan sahaja pada Ten namun juga kepada papa dan mama kandungnya kerana membuang dirinya sejak kecil lagi. Juga kepada Tan Sri Ahmad Farhan yang mengarahkan dirinya menyamar sebagai Nur Rozaina untuk menyelamatkan anaknya dari ditangkap oleh Ten untuk kali kedua. Tak terkecuali kepada Nur Rozaina kerana mengambil perhatian penjahat ini. Jika tidak kerana Nur Rozaina, pasti dia tidak akan terjebak dalam hidup ini.

Dan sekarang, lelaki jahanam ini telah jatuh cinta pula padanya kerana Ten tidak habis-habis mengucapkan bahawa dia cintakan Puteri Nur Rozaina Suhaila, bukan Nur Rozaina. Dan Rozaina akan terikat dengan dirinya. Selamanya.

*****

Rozaina membuka matanya dengan nafas yang tercungap-cungap. Dahinya berpeluh-peluh. Mimpi ngeri tentang sejarah pada 10 tahun lalu diingat semula. Sebelah tangannya menutup matanya. Dadanya sebak.

Tangan yang menutup kedua matanya yang merah dialihkan. Jam digital di meja katil dijeling. 9.34 am. Blackberry Torchnya dicapai dari bawah bantal. Nombor telefon Ahmad Farhan ditekan. "Tutt... tutt... Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam, pa." kata Rozaina lembut. "Papa tengah buat apa?"

"Tengah lunch. Dah makan ke belum?"

"Belum. Pa, is... my little devil angle there?" Rozaina tanya dengan tergagap.

"Ohh... sebab itu ke telefon. Ada ni, tengah makan. Nak cakap dengan dia ke?"

"Eh eh! Tak payah! Kan dia tengah makan tu." Rozaina melarang tetapi dia terlambat sesaat bila suara kecil itu menegur.

"Assalamualaikum. Mummy!"

"Waalaikummussalam sayang. How are you my little cat?" terus cair hati Rozaina saat mendengar suara manja anaknya. Ya. Suara manja anaknya yang datang dari benih lelaki kejam itu. Namun, kasih sayangnya tertumpah biarpun dia tidak dapat menerima hakikat itu pada mulanya. Putera Muhammad Daniel Zikri adalah penyeri hidupnya. Biarpun wajahnya sama dengan lelaki itu, dia tidak kisah kerana bukannya Zikri meminta untuk dilahirkan dengan wajah itu. Di dunia ini, dia tidak meminta untuk dilahirkan. Putera Muhammad Daniel Zikri tidak berdosa, tidak bersalah namun salah lelaki itu.

"Mummy?" tanya Zikri. Suaranya menggambarkan kerisauan dirinya kepada kebisuan mummy tersayangnya. "Mummy sakit ke? Mummy mimpi ngeri lagi, eh?"

"Mummy okay je. Cuma mummy rindu sangat Zikri." luah Rozaina lembut untuk menenangkan anaknya.

"Betul ni? Biasanya kalau mummy telefon atok tiba-tiba lepas tu tanya pasal Zikri, mummy mesti ada masalah. Mummy tak sihat ke? Nak Zikri pergi ke sana ke? Nanti Zikri mintak atok tolong hantarkan, eh?" bertubi-tubi soalan ditanya kerana terlalu risau. Hatinya resah mendengar suara mummynya yang sudah seminggu tidak berjumpa. Rindunya pada mummy tidak terkata lagi.

"Zikri, mummy okay je la cuma semalam kena ragut je. habis luka lutut, tangan, siku dengan dahi mummy." adu Rozaina terlepas cakap kepada puteranya.

"Luka?!" terjerit anak kecil itu di corong telefon membuatkan Rozaina cepat-cepat jauhkan telefon itu dari telinganya. Berdesing sekejap telinga. Bila dia lekapkan telefon ke telinganya semula, suara cemas tak berbayar Zikri didengari.

"Mummy! Mummy okay ke? Mummy dah jumpa doktor? Mummy kat mana? Zikri ke sana, eh mummy."

Rozaina ketawa kecil. Perangainya tak ubah macam orang dewasa dalam kerisauan bila buah hati tidak sihat. "Mummy okay je la cuma nak pegang telefon ni susah sikit. Nanti nak makan pun kena usaha rasanya."

"Tapi mummy luka! Mummy cedera. Zikri taknak mummy sakit!"

Adesss. Anak aku ni dah terlebih risaukan aku pulak. Tu la. Terlepas cakap lagi, kan dah kena. "Sayang, setiap manusia akan jatuh sakit jugak akhirnya sebab Allah nak mengingat siapa diri kita dan sekali gus mengampunkan dosa kita. Tapi mummy tak tahu pulak banyak mana dosa yang diampunkan."

"Mummy ni buat lawak pulak!" marah Zikri tetapi dengar ketawa kecil dilepaskan. Marah-marah manjalah katakan.

Terukir senyuman di ibir mendengar ketawa yang dirindui itu. Ketawanya innocent, tak jahat macam lelaki itu tetapi lelaki itu pernah ketawa seperti mana Zikri ketawa sekarang. Ketika Ten dapat apa yang dia nak.

"Mummy?"

"Sorry sweetheart. Mummy teringatkan perkara yang tak patut mummy ingat pula."

Talian di sebelah sana diam. Rozaina juga diam. Masing-masing melayan perasaan.

"Mummy. Mummy jangan sedih, eh. Petang nanti Zikri datang. Zikri nak manja dengan mummy. Zikri rindu mummy. Zikri nak mummy." rayu Zikri bersunggung-sungguh.

"Zikri sayang. Mummy pun rindukan Zikri. Kalau mummy boleh terbang, Zikrilah orang pertama yang mummy pergi cari. Tapi mummy busy. Zikri ada sekolah dan Zikri tak boleh ponteng sekali pun kecuali Zikri sakit ataupun ada hal besar. Ingat tu Zikri. Zikri kena belajar elok-elok. Buat mummy, atok, nek dengan semua yang sayangkan Zikri bangga dengan Zikri." nasihat Rozaina dengan lembuat buat anak kesayangannya.

"Tapi mummy lebih penting. Zikri taknak kehilangan mummy." rengek Zikri yang mula mengalirkan air mata.

Rozaina menyeka air mata dengan tangan. "Shhh. Jangan sayang. Mummy... mummy takkan pergi mana-mana. Mummy janji. Jangan... jangan na... nangis sayang. Mummy okay je." tersekat-sekat Rozaina berkata. Dadanya sebak tatkala mendengar suara tangisan Zikri.

"Zikri, mummy tak suka Zikri menangis. Hilang macho Zikri tau." Rozaina cuba bergurau walaupun hatinya meronta-ronta untuk melalak.

"Zikri tak kisah hilang macho ke apa. Orang macho tak semestinya tak menangis. Semua manusia menangis. Tak kira baik atau jahat. Kuat atau lemah. Semua sama sahaja. Mummy yang cakap semua tu."

Ishh anak aku ni. Ingatan dia ni kuat sangat. Padanlah pandai anak aku ni. Semuanya straight A aje bila keluar keputusan. Habis hilang semua idea aku nak pujuk dia. "Zikri. Mummy call bukannya nak dengar Zikri menangis. Mummy call sebab nak dengar suara ceria Zikri." pujuknya lagi. Kali ini dia berharap sangat-sangat dia berjaya.

Terdengar bunyi orang menyedut hingus dari gerangan sebelah sana. "Okay mummy. Habis basah baju Zikri dengan hingus sebab mummy. Kan Zikri nak kena mandi sekali lagi." ngomel Zikri manja.

Rozaina tersenyum. Air mata yang masih setia diseka lagi. "Eh, dia ni. Salahkan mummy pulak. Ada pulak macam tu." gurau Rozaina dengan senang.

"Memang ada pun." balas Zikri tidak sengaja dalam nada bergurau dengan ketawa. Tiada niat pun untuk melawan kata-kata mummy tercintanya. "Mummy bila nak jumpa Zikri?"

"Rasanya minggu depan. Lepas siap aje kerja mummy, mummy pecut jumpa anak mummy dulu."

"Yay!! Zikri dapat jumpa mummy lepas ni!" bersorak gembira Zikri mendengar Rozaina kata begitu.

Rozaina juga dapat mendengar beberapa orang ketawa dari sana. Rozaina ketawa geli hati. "Okay baby, mummy nak kena mula kerja."

"Okay mummy! Miss you soo much. Muah, muah, muah!"

Rozaina ketawa. "Miss you too darling. And muah, muah, muah and muah to you too!"

Zikri ketawa gembira bila mendapat 'kiss' lebih dari mummynya. "I love you. Bye mummy! Assalamualaikum."

"I love you too, darling. Bye little cat. Waalaikummussalam."

Dan talian dimatikan. Terus hilang bebannya dan rindunya pada Zikri. Hai anak aku ni. Ni yang buat aku makin sayang dengan dia. I love you soo much Zikri. Maafkan mummy sebab tiada disampingmu selalu sayang. Mummy tahu sayang kena buli dekat sekolah sebab mummy tak selalu hantar dan ambil Zikri pulang dari sekolah tapi ketahuilah anakku. Bagiku, kamulah segalanya. Kamulah penyeri hidupku, cahayaku, dan segalanya bagiku. Biar apa pun berlaku, tidak akan ku tinggalkan mu melainkan Dia menjemput ku bila tiba masanya,sayang.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment