Sunday, 17 February 2013

Pemberitahuan Awal

Mula-mula saya nak minta maaf sebab tukar tajuk cerita Comel Tapi Bahaya!! kepada Bawaku Pergi... dengan tiba-tiba sahaja. Kawan saya yang kompelin pada saya,katanya tajuk tu tak sesuai jadi bila kami bincang sampai nak pecah kepala,hasilnya tajuk inilah,Bawaku Pergi... (harap tajuknya sesuai dengan ceritanya,kalau tak,kena tukar lagilah tajuk cerita tu. Huhuhu... )

Yang kedua,Walaupun baru 6 bab saya mulakan untuk blog ni,saya ingat nak masukkan cerita baru tak lama lagi. Nanti-nantikanlah ya!

Friday, 15 February 2013

Bawaku Pergi... 6

Bab 6

Rozaina menolak daun pintu dapur setelah memberi salam kepada mereka untuk pulang ke biliknya. Penat memasak sehingga berjam-jam lamanya. Rozaina mengintai dewan besar itu. Mataya terpaku kepada pasangan suami isteri itu yang bergambar. Manis, sama padan, sama cantik. Rozaina tersenyum nipis. Tumpang gembira.

Dia berasa lega bila dua kek itu berjaya disiapkan. Cheesecake sebenarnya hanya untuk rombongan pegantin lelaki dan perepuan manakala lava cake untuk yang hadir tetapi hanya 120 lava cake yang berjaya dibuat. Emm... sape cepat, dia dapatlah. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat.

Thursday, 7 February 2013

Bawaku Pergi... 5

Bab 5


Rozaina membuka mata yang terasa berat. Barangkali kerana masih mengantuk. Semuanya salah Husna. Lepas Husna berkata begitu,terus talian dimatikan oleh Husna dan apabila Rozaina menelifon, langsung tidak diangkat. Penat berfikir sepanjang malam tentang apa yang Husna maksudkan, dia akhirnya terlelap pada pukul 3 pagi.

Monday, 4 February 2013

Bawaku Pergi... 4

Bab 4

Rozaina terkejut dan secara reflex,dia menghayunkan penumbuk ke muka Zahfran. Bushh!! Bunyinya...

Zahfran terkebelakang dan terduduk. Matanya terpaku pada wajah Rozaina yang merah menahan malu yang amat. Tak sedar yang muka dia pon merah macam buah apel sebenarnya. Pipinya yang terasa sakit dibiarkan sahaja.