Saturday, 6 April 2013

Bawaku Pergi... 8

Bab 8

Di dalam bilik suitenya, Rozaina duduk bersila di atas katil dengan kertas-kertas bersepah di kelilingnya, di astas karpet coklat, atas sofa dan meja. 6 kotak besar disusun rapi sebelah katil. Penat membaca isi di dalam kertas, dia menghempas dirinya ke belakang. Penat setelah membaca laporan-laporan yang diberikan tadi. Tidak cukup dengan itu, fail-fail yang penuh dengan kertas peribadi pekerja hotel juga dijamah oleh matanya.


Sedang dia elok mengarang laporan dalam kepala, boleh pula dia teringat pemuda mata hijau itu. Hidungnya yang cukup mancung. Bibir yang merah tandanya dia tak merokok. Rambutnya hitam yang amat gelap sehingga menampakkan warna kebiru-biruan,akibat hitam sangat! Dia juga mempunyai wajah yang amat tampan. 

Aisehhman... sempat pulak aku nak ingat semua pasal ketampanan dia tu. Rozaina tergelak besar mendengar bicara isi hatinya itu.

"Hish. Mengarutlah kau ni." bisiknya pada diri sendiri apabila tawanya reda. Krikk... Kriiuukkk...

Dah bunyi dah tu. Bisik kepala otaknya. "Aku taulah. Heish. Dah macam orang gila pulak cakap sensorang ni." rungutnya pula. Jam digital di meja dipandang. 11.56 malam. Ada ke kedai yang bukak lagi selain dari cafe hotel ni? Ada. Let's eat burger!!

Tanpa menunggu sesaat, terus Rozaina lompat dari katil dan menyambar kunci motor, helmet dan dompetnya. Tutup saja semua suis, dia bergegas keluar. Tak sanggup dah nak dengar lagu 'makan... makan...' dari perut sendiri. Dahla lagu seram. Tak hingin aku nak mngigau kena marah dengan perut sendiri!

Sebaik menunggang motornya, terus dia memecut mencari makanan. Setelah hampir 15 minit mencari akhirnya Rozaina jumpa juga restoran yang buka malam-malam buta ni. Ramai pula orang waktu itu. Maklum, musim bola la katakan.

Rozaina mengambil tempat duduk di luar. Dalam hati ingat nak beli burger je tapi dah pesan air jus oren, nasi goreng kampung, tomyam seafood dan telur dadar pula. Bak kata pepatah, terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur kata buruk padahnya. sampai sahaja makanan dan minuman yang dipesan, perutnya berbunyi dengan kuat sehingga budak-budak yang duduk berdekatan ketawa geli hati. Rozaina tersengih. Sehabis mungkin dia buat muka selambernya itu.

Tak sampai 30 minit, habis semua makanan atas meja habis. Licin terus pinggan mangkuk. Jus oren disedut sehingga kering sebelum membayar. Baru sahaja dia hendak start enjin, belakang tengkuknya terasa tegang, berat. Dalam kepalanya sudah ada perkataan 'bahaya!' muncul. Rozaina menghidupkan enjin dan sesekali dia menjeling ke atas bahunya. Bukan budak Ten, kan? soal hatinya yang resah.

Rozaina cuba ingat tarikh pada hari ini. Bukan sepuluh jadi tak mungkin dia. Tapi ada kemungkinan Ten nak buat surprise tapi macam mana dia tahu aku ada kat sini? Bukan ke aku guna nama sebenar aku jadi macam mana...? Soalan demi soalan menyerbu kepala Rozaina dan Rozaina masih tidak bergerak.

Dengan keberanian yang seciput, dia memecut keluar dan sempat menangkap 3 orang lelaki memakai jaket hitam dengan lambang muka harimau di belakang jaket itu.Tak mungkin! hatinya menjerit kuat. Berkali-kali ayat itu mengulang-ulang tetapi otaknya bergerak laju memikirkan perkara yang tak patut berlaku langsung.

Rozaina memakirkan motornya di tempat pakir dan baru sahaja dia hendang memasukkan kunci motornya tiba-tiba direntap orang dengan kasar dan Rozaina terjatuh ke belakang dan terguling di atas jalan dengan kasar. Rozaina mengeluh sakit. Kedua tapak tangannya luka terseret di jalan tar, dahinya berdarah, seluar jean biru terkoyak di lutut kiri dan luka. Rozaina menarik lengan panjang kanan, luka yang agak besar. "Tak guna!" rengusnya kasar dan sempat dia tangkap kelibat dua pemuda memecut dengan motor RXZ. "Siaplah kau!" jerit Rozaina lantang dan terus memecut laju biarpun sakit dan mereka sudah pun jauh.

Zahfran yang baru keluar dari perut kereta BMW siri 7, terkaku melihat Rozaina yang memecut laju.

*****

Rozaina mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di atas meja kayu di depannya. Matanya mencerlung pada cik polis di depan mata yang lengkap berpakaian seragam polis, menaip setiap bait kata-kata Rozaina. Dia menjeling pula atas bahunya kepada kedua pemuda yang masih memakai helmet, berdiri dengan resah.

Seorang pemuda memakai helmet biru lebam di bibir dan kesan cakar pada pipi kirinya. Tangan kanan memegang perutnya yang masih senak dan tangan kirinya menggeggam paha kirinya yang sakit. Buka paha sahaja tapi satu kaki tu sakit kerana Rozaina menendangnya dengan kuat sebab taknak pemuda itu lari. Kedua-dua sikunya pula berdarah kerana Rozaina menariknya kasar ke belakang dari motor yang masih berjalan. Kesan cakar itu pula sebab Rozaina dan lebam pada bibir kerana penumbuknya.

Seorang lagi yang memakai helmet hitam dengan hidung patah berdarah, dagunya biru, tangan kiri memegang lengan kanan dengan darah yang kering dari siku, kesan lebam pada lengan kiri, luka dia lutut. Disebabkan dia ingat dia lebih kuat, pemuda ini berlawan dengan Rozaina dan akhirnya mendapat padah. Dirinya yang dibelasah teruk oleh tubuh kecil Rozaina itu.

Rahang Rozaina bergerak-gerak. Marahnya masih tidak surut dan sakit di lukanya makin bertambah. dia memusingkan badan menghadap dua pemuda yang memakai baju koyak rabak.

"Kak, kami minta maaf. Tolonglah lepaskan kami." rayu pemuda helmet biru.

"Nak lepas macam mana kalau korang dah dekat balai ni!" Rozaina menyinga.

Terangkat kedua-dua bahu pemuda itu dengan temannya mendengar suara guruh Rozaina. Orang lain yang datang ke balai polis serta dengan polis-polis pun terkejut. Dua pemuda itu menunduk menyesal.

"Bodoh sangat pergi buat kerja gila kenapa? Kalau dah terdesak sangat nak duit, kerja! Cari duit halal! Ini pergi buat kerja haram." bebel Rozaina.

Pemuda memakai helmet hitam mengangkat muka. "Kakak hidup senang mana nak ta..."

"Melawan!" potong Rozaina kasar. "Hoi, mana kau tahu hidup aku senang? Kau nampak ke aku tidur dekat istana penuh dengan duit berbilion keliling aku? Jangan nak main-main dengan aku budak. Hidup aku lagi susah dari kau tapi aku tak buat pun kerja haram!"

Kedua-duanya menikus. Rozaina mengetap gigi kuat. Ikutkan hati, mahu saja dia mencampak kedua dua pemuda itu ke dalam laut selepas diikat kaki dan tangan dengan batu diikat di atas badan mereka. Kejam sangat pulak Rozaina ni...

Disebalik nafasnya, Rozaina menyumpah seranah dalam bahasa Jepun. Terkumat-kamit bibir comelnya itu.

Jantung Rozaina masih berdetak laju. Perasaan takutnya masih menggunung. Dia teringat tiga lelaki yang memakai jaket hitam. Hati serta otaknya pasti itu adalah konco-konco Ten tapi dia masih tidak faham bagaimana mereka temuinya sedangkan Rozaina amat pasti dia bersembunyi dengan baaik selama ini.

Selesai urusan di Balai Polis Skudai, dia melangkah keluar dan menunggang motor dan berhenti di sebuah klinik. Abang doktor yang merawat Rozaina tak habis-habis membebel dan memarahi Rozaina kerana lewat datang ke klinik. Selesai cuci luka, ubat pula diberi. Habis tangan Rozaina dibalut sehingga menjadi tangan Doraemon. Luka sikit tapi kena balut macam semua isi keluar dari tangan aku ni.

Selepas membayar bil, terus dia ke hotel dan masuk ke bilik. sesekali dia menjeling sekeliling dengan berhati-hati. Masuk sahaja ke bilik, telefon Blackberry Torch putihnya digapai dan jarinya yang tidak dibalut itu menekan-nekan nombor Tan Sri Ahmad Farhan. "Assalamualaikum, papa."

"Waalaikummussalam."

"Pa..." kata-kata Rozaina mati. Bibirnya menggigil. Ahmad Farhan masih menunggu dengan tenang. "Pa, Ten dah tahu. Dia dah tahu." bergetar-getar suaranya.

"What?! Betul ke ni Rozaina?" Ahmad Farhan bertanya. Dia mula panik.

"Betul. Konco-konco dia dah jumpa Rozaina."

Ahmad Farhan diam, gelisah memikirkan keselamatan anak angkatnya. "Todays' not 10."

"That's what I thought. But it will be 10 in the next 2 weeks. What should I do? I'm scared." luah Rozaina. Walaupun dia di dalam bilik, matanya meliar. Takut jika lelaki yang digeruninya itu muncul tiba-tiba tanpa pengetahuan Rozaina.

"This shouldn't be happening. Inspektor Hans kata Ten di luar negara. Tak mungkin dia ada di sini."

"Tapi konco-konco dia tahu Rozaina ada di sini!" Rozaina kalut. "And in 2 weeks, he can find me!"

"Sabar Rozaina. Papa akan buat sesuatu tentang ni. Apa-apa pun, tak care and be well my child."

"Yes, papa." jawab Rozaina dengan suara kecil. Talian diamatikan.

Selepas 10 minit Rozaina cuba menenangkan dirinya, dia menekan punat nombor telefon Mahmud. "Assalamualaikum, Tuan."

"Waalaikummussalam. I heard about it already. Are you okay?"

"Yes, I am fine. Saya nak beri laporan." Mahmud diam, memberi kebenaran untuk Rozaina meneruskan. "Pemuda tu bukan salah satu pekerja sini macam apa yang saya sangka. Petang tadi dia buat hal di dobi tapi takat itu sahaja. Dan mengikut laporan saya, chef-chef yang hilang tu belum balik ke rumah lagi."

"Hilang?"

"Yes, hilang. Gone macam tu aje. Pekerja dobi yang patutnya kerja petang ni pun hilang. Their families dah lapor polis dan sekarang ni polis sedang siasat tentang kehilangan mereka tapi satu pun dapat. Something's weird going on here and it's not good."

"What do you think."

Rozaina diam. Itu bukan soalan tetapi arahan. "Saya tak tahu." jawabnya.

Mahmud juga diam.

"Do you think their missing's have any relation to us?"

"They are our working so of course. Rozaina, saya nak kamu perhatikan dia betul-betul.  The game has gone too far this time." gerutu Mahmud, marah.

"What about the others? Did they say anything?" tanya Rozaina.

"Yes but there's nobody missing."

"Maknanya, budak ni yang melebih?"

"Mungkin ya. Tapi kita tak tahu pasal tu. Apa-apa pun teruskan pemantauan. Terima kasih Rozaina dan juga, jaga diri." pesan Mahmud.

"Baik, assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

No comments:

Post a Comment