Tuesday, 28 May 2013

Bawaku Pergi... 10

Bab 10

Di dalam bilik, Rozaina duduk di atas sofa berangkai tiga dengan sebelah tangan memegang beberapa helai kertas dan sebelah tangan lagi memegang secawan kopi. Mana dia dapat kopi? Secara logiknya, orang lain yang buat sebab memang tak logiklah Rozaina nak keluar dan buat atau order kopi. Baru sahaja sejam lepas beberapa fail dihantar oleh Liyana dan sebuah jug penuh dengan kopi.

Dan baru sahaja tadi Datuk Kamal telefonnya dan mengajak dia lunch sekali. Dan secara lembut dia menolak pelawaan itu. Dia masih waras lagi, tak gila nak terima pelawaan itu. Cakap aje lembut tapi dalam hati bukan main banyak ayat-ayat yang tak sesuai untuk budak-budak bawah 18 dengar atau sebut. Terkejut? Kalau dah lupa yang orang tua milady tu datang menyibuk kat sini, memang jadi 'surprise!' la. Rozaina terdiam. Mungkin 'milady' tu patut tukar balik kepada ayat asal sebab Rozaina baru ingat apa maksud 'milady' bila dalam bahasa Perancis. Tu la. Main ikut sedap mulut aje nak tukar-tukar ayat.