Bunyi loceng yang tidak henti-henti berbunyi mengejutkan Rozaina dari tidur. Rozaina menjeling jam digital di atas meja katilnya. "Shit! Just who the hell jamming his fingers on the door bell over and over at 4 in the morning!" rungutnya sambil dia menyelak selimut ke tepi. Dari pengalaman, Rozaina membiarkan lampu tidak dipasang dan bergerak dengan senyap ke pintu. Tch! Bad guys doesn't ring the door bell.
Sunday, 1 September 2013
Tuesday, 28 May 2013
Bawaku Pergi... 10
Bab 10
Di dalam bilik, Rozaina duduk di atas sofa berangkai tiga dengan sebelah tangan memegang beberapa helai kertas dan sebelah tangan lagi memegang secawan kopi. Mana dia dapat kopi? Secara logiknya, orang lain yang buat sebab memang tak logiklah Rozaina nak keluar dan buat atau order kopi. Baru sahaja sejam lepas beberapa fail dihantar oleh Liyana dan sebuah jug penuh dengan kopi.
Dan baru sahaja tadi Datuk Kamal telefonnya dan mengajak dia lunch sekali. Dan secara lembut dia menolak pelawaan itu. Dia masih waras lagi, tak gila nak terima pelawaan itu. Cakap aje lembut tapi dalam hati bukan main banyak ayat-ayat yang tak sesuai untuk budak-budak bawah 18 dengar atau sebut. Terkejut? Kalau dah lupa yang orang tua milady tu datang menyibuk kat sini, memang jadi 'surprise!' la. Rozaina terdiam. Mungkin 'milady' tu patut tukar balik kepada ayat asal sebab Rozaina baru ingat apa maksud 'milady' bila dalam bahasa Perancis. Tu la. Main ikut sedap mulut aje nak tukar-tukar ayat.
Sunday, 7 April 2013
Bawaku Pergi... 9
Bab 9
10 tahun yang lalu...
Bunyi air menitik dari paip mengejutkan Rozaina dari pengsan. Rozaina memandang sekeliling bilik yang usang dan kotor itu. Tiada satu perabot di dalam bilik itu melainkan kerusi kayu yang Rozaina duduk dan diikat kemas dirinya pada kerusi itu. Sekali lagi, tangannya yang diikat di belakang digerakkan. Rozaina mengetap bibir menahan pedih datang dari tangannya. Tali yang mengikatnya diikat dengan ketat. Terlalu ketat. Tiap kali tangannya bergerak, tali kasar itu meninggalkan kesan merah pada kulit putih gebunya sehingga berdarah.
Saturday, 6 April 2013
Bawaku Pergi... 8
Bab 8
Di dalam bilik suitenya, Rozaina duduk bersila di atas katil dengan kertas-kertas bersepah di kelilingnya, di astas karpet coklat, atas sofa dan meja. 6 kotak besar disusun rapi sebelah katil. Penat membaca isi di dalam kertas, dia menghempas dirinya ke belakang. Penat setelah membaca laporan-laporan yang diberikan tadi. Tidak cukup dengan itu, fail-fail yang penuh dengan kertas peribadi pekerja hotel juga dijamah oleh matanya.
Tuesday, 12 March 2013
Bawaku Pergi... 7
Bab 7
Jam yang berdeting menusuk ke telinga Rozaina. Rozaina merengus geram. Selimutnya ditarik menutup dirinya untuk menghilangkan kesejukan yang menggigit tubuhnya. Bila jam yang terletak di tepi meja katil kirinya masih tidak berhenti berbunyi,dia merentap jam tersebut dengan kasar. Saat jam itu hampir dilemparkan ke dinding hingga berkecai,terdengar suara Tina melarangnya. Jangan hancurkan pulak jam loceng tu.
Sunday, 17 February 2013
Pemberitahuan Awal
Mula-mula saya nak minta maaf sebab tukar tajuk cerita Comel Tapi Bahaya!! kepada Bawaku Pergi... dengan tiba-tiba sahaja. Kawan saya yang kompelin pada saya,katanya tajuk tu tak sesuai jadi bila kami bincang sampai nak pecah kepala,hasilnya tajuk inilah,Bawaku Pergi... (harap tajuknya sesuai dengan ceritanya,kalau tak,kena tukar lagilah tajuk cerita tu. Huhuhu... )
Yang kedua,Walaupun baru 6 bab saya mulakan untuk blog ni,saya ingat nak masukkan cerita baru tak lama lagi. Nanti-nantikanlah ya!
Friday, 15 February 2013
Bawaku Pergi... 6
Bab 6
Rozaina menolak daun pintu dapur setelah memberi salam kepada mereka untuk pulang ke biliknya. Penat memasak sehingga berjam-jam lamanya. Rozaina mengintai dewan besar itu. Mataya terpaku kepada pasangan suami isteri itu yang bergambar. Manis, sama padan, sama cantik. Rozaina tersenyum nipis. Tumpang gembira.
Dia berasa lega bila dua kek itu berjaya disiapkan. Cheesecake sebenarnya hanya untuk rombongan pegantin lelaki dan perepuan manakala lava cake untuk yang hadir tetapi hanya 120 lava cake yang berjaya dibuat. Emm... sape cepat, dia dapatlah. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat.
Thursday, 7 February 2013
Bawaku Pergi... 5
Bab 5
Rozaina membuka mata yang terasa berat. Barangkali kerana masih mengantuk. Semuanya salah Husna. Lepas Husna berkata begitu,terus talian dimatikan oleh Husna dan apabila Rozaina menelifon, langsung tidak diangkat. Penat berfikir sepanjang malam tentang apa yang Husna maksudkan, dia akhirnya terlelap pada pukul 3 pagi.
Monday, 4 February 2013
Bawaku Pergi... 4
Bab 4
Rozaina terkejut dan secara reflex,dia menghayunkan penumbuk ke muka Zahfran. Bushh!! Bunyinya...
Zahfran terkebelakang dan terduduk. Matanya terpaku pada wajah Rozaina yang merah menahan malu yang amat. Tak sedar yang muka dia pon merah macam buah apel sebenarnya. Pipinya yang terasa sakit dibiarkan sahaja.
Tuesday, 29 January 2013
Bawaku Pergi... 3
Bab 3
Jam loceng kali ni berdering lagi kuat dari yang sebelum-sebelumnya. Rozaina menekan 'off' loceng. Dia mengeluh berat. Teruk semalam Tina,Tini dan Husna mengerjakannya untuk membeli satu jam loceng menggunakan duit sendiri.. Alasan mereka,tak sanggup membazir duit mereka lagi. Selalunya,mereka beli bergili-gilir kalau Rozaina pecahkan tapi kali ni mereka tak sanggup lagi dah.
Friday, 25 January 2013
Bawaku Pergi... 2
Bab 2
Rozaina
memandang tajam ke arah Husna. Macam nak telan hidup-hidup pon ada. Husna mula
rasa takut dan bersalah. Dia sedar yang dia terlebih tadi. "Ina, aku
minta maaf. Aku tahu yang aku terlebih tadi." Husna memandang Rozaina yang
sedang makan ayam goreng itu dengan takut-takut.
Wednesday, 23 January 2013
Bawaku Pergi... 1
Bab 1
Jam loceng berdering menandakan sudah pukul 6 pagi seperti yang telah ditetapkan. Rozaina meraba-raba meja katil di kirinya dengan menggunakan tangan kanannya. Bila dia sudah memastikan benda yang dipengang itu adalah jam loceng yang masih berbunyi,terus dia membaling jam itu ke dinding denga kuat sehingga pecah berkecai. "Kacau tidur aku ajelah." ngomelnya. dalam hati,dia mengira. Dalam 3... 2... 1!
Tuesday, 22 January 2013
Hi!
Selamat datang! Saya ika afiqah! Selamat membaca karaya saya yang tak seberapa ni. Saya mohon maaf kalau ada yang tersilap.
Subscribe to:
Posts (Atom)