Bab 2
Rozaina
memandang tajam ke arah Husna. Macam nak telan hidup-hidup pon ada. Husna mula
rasa takut dan bersalah. Dia sedar yang dia terlebih tadi. "Ina, aku
minta maaf. Aku tahu yang aku terlebih tadi." Husna memandang Rozaina yang
sedang makan ayam goreng itu dengan takut-takut.
Habis
sahaja semua isi dengan kulit dimakan,dia mengambil air coke dan disedut
sedikit demi sedikit. Dia mengintai jam tangan di pergelangan tangan Tina. Baru
pukul 1.30 petang. Rozaina mengangkat punggung dan berlalu ke singki untuk
membasuh tangan.
Tina dan
Tini berpandangan. "Tulah kau, Na. Nak sakat dia pun jangan berlebih. Kan
dah jadi macam ni. Kau tahu kalau Rozaina marah, tak aman dunia kita sebab mulut
dia yang becok tetiba jadi bisu." ujar Tini dengan perlahan. Dia tahu
pasti Rozaina sedang marah yang teramat.
Husna
menjadi resah. "Aku tahu! Aku sebenarnya tak bermaksud pun tapi aku tahu
aku dah terlebih. Apa patut aku buat,ni?" benarlah kata orang dulu.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"Kau
selesaikan perkara ni sendiri. Aku dengan Tini taknak masuk campur. Eh! Mana
Rozaina pergi?" Tina berkata dengan cemas.
Spontan
Tini dan Husna memndang ke arah singki. Ternyata tiada siapa lagi di situ untuk
membersihkan tangan. Mata mereka bertiga kemudian meliar ke sana sini. Langsung
tidak nampak kelibat Rozaina.
"Mukatamad! Kau kena selesaikan sendiri, Na! Jangan libatkan kitorang kalau tak..."
Tina bersuara seakan mengugut dengan melambatkan kata hujung.
"Kalau
tak,apa?" Husna mengangkat kening.
"...aku
karate kau cukup-cukup."
"Aku
tahu lah kau pandai berkarate tapi kot ye pon janganlah jadikan aku tempat
menumbuk pulak." keluhnya.
"Apa-apa
pon ,kau selesaikan sendiri. Biarlah sampai kepala otak kau nak pecah sekali
pon, kau selesaikan sendiri." Tina membalas.
Husna
mencebik. Dia memandang pula Tini yang sedang makan burger dengan lahap sekali
tu. Langsung tiada niat untuk masuk campur. "Okaylah." akhir
sekali, dia mengalah.
*****
Malam
itu, Rozaina yang berada dalam biliknya mengemas baju-baju untuk dibekal selama
5 hari untuk ke Skudai. Itu pun kalau semua kerja di sana siap. Baju yang siap
dilipatnya di masukkan ke dalam beg sandang yang agak besar berwarna putih
bersih.
Ikutkan
hati,mahu saja dia minta cuti kerana tidak sanggup ke Skudai dengan Datuk Kamal
yang menggelikan segala urat sendinya itu. Baru dia teringat akan CEO kerana
setahu dia,lelaki itu pasti pergi. Jadi sudah tentu Husna pergi.
"Aku
tak pergi." jawab Husna yang ralit menonton TV dari menengok wajah Rozaina
yang seakan meminta simpati.
"Asal?"
cepat sahaja Rozaina bertanya tidak puas hati.
Husna
menjeling tajam ke arah Rozaina. "Kau tak nampak ke Nepolas yang melekat
kat tepi dahi aku ni? Aku demam. Budak tu pun dah luluskan cuti aku. Semuanya
salah kau la aku demam." Husna menyinga.
Rozaina
tersengih sambil menggeleng kepala bila Husna memanggil bosnya 'budak'.
"Kenapa pulak aku punya salah?"
Husna
mencebik.
"Sebab
aku takut kau jual aku ke Siam pasal lunch tadi."
Rozaina
tergelak kuat sehingga berguling-guling dia atas karpet coklat di ruang tamu
itu. Husna yang memandang tetiba sakit mata. "Sampai begitu sekali
pandangan kau pada aku, Na. Hailah kau. Lawak la kau ni! Takkanlah aku nak jual
kawan aku sendiri. Aku bukannya jahat sangat! Tak logik pulak tu." katanya
dengan terbahak-bahak.
"Gelak
lagi, gelak puas-puas. Sakit hati aku menengoknya!" kata Husna dengan
geram.
Bila
ketawanya semakin reda, dia tersengih. "Sorry. Lawak sangat kau tadi."
ucapnya.
Husna
mengeluh. "Apa-apa ajelah. Call kitaorang bila dah sampai sana nanti. Naik
bas, kan?"
Rozaina
tersenyum. Lega bila marahnya lunch tadi tidak bertahan lama. Lega juga bila
Husna sudah boleh tersenyum sikit walaupun tak nampak sangat. "Aku bawak
motor aku tu aje. Malas nak tempah tiket lagi-lagi kena tunggu bas dengan bila
nak sampai. Baik aku naik motor nanti aku terus pergi ke hotel. Senang.
Eh, Tina dengan Tini mana?" matanya memandang ke tangga bila mendengar
suara si kembar itu bercakap.
Sampai
sahaja kembar itu di ruang tamu,mereka mengajak pergi keluar.
"Ke
mana?" soal Rozaina.
"Sunway
Piramid je." jawab mereka serentak
"Uish!
Jauhnya. Kenapa tak ke Pavilion je." perli Rozaina.
"Taknak
sudah." serentak kembar itu berkata dan berlalu.
"Chop! Bila pulak
aku cakap taknak ikut? Nak ikut! Tunggu kejap. Aku nak pakai tudung."
jerit Rozaina. laju sahaja dia naik atas bila Tina dan Tini sudah ke pintu
utama. Husna hanya memakai tudung express yang memang tersedia di pemegang
sofa. Demam-demam pon nak ikut jugak minah sorang ni.
"Kau pakai kasut
sneaker ke?" soal Husna kepada Rozaina yang masih di atas tapi soalan tu
sebenarnya lebih kepada memerli.
"Taklah, pakai kasut
tumit tinggi." balas Rozaina dari atas dengan memulangkan paku buah keras.
Rozaina menuruni tangga
dengan membawa kasut sneaker warna hitam corak-corak kotak warna kelabu di
tangan kiri. Dia memakai tudung bawal warna pink,dipadankan dengan corak ayat
pada T-shirt lengan panjang warna hitam itu. Seluar pula kalau tadi
boxer, sekarang seluar jeans biru.
"Cepatnya?"
perli Husna tak habis-habis.
Rozaina menjeling.
"Tengok kaki lah." katanya sambil menayangkan kaki kanannya.
Tina dan Tini pula sudah
lama berada dalam kereta Myvi putih milik Tina, menunggu Husna dan Rozaina.
Husna pula menunggu Rozaina yang terkial-kial memakai kasut. "Perangai dia
yang baik tu memang akan menghancurkan diri dia ke? Macam tak logik pulak, aku
dengar. Mengarut aje aku rasa." Tanya Rozaina tiba-tiba. Lebih baik dia luahkan apa yang ada dalam
kepala sejak tadi lagi sebenarnya daripada berdiam diri. Rozaina pelik bila
Husna diam, tak berkata. Bila Husna mengeluh, Rozaina mendongak, memandang Husna
yang berdiri manakala dia sedang duduk. Rozaina terkedu. Tidak menyangka Husna
boleh risau sampai berkerut dua puluh ribu dahinya. Hahaha! Takde la sampai
begitu kerutnya.
"Ha! Yang kau
senyum meleret tu pahal? Kau tak dengar ke Tina tu dah hon berkali-kali suruh
cepat?" sergah Husna.
Terkedek-kedek Rozaina
berlari masuk dalam kereta. Husna masuk selepas mengunci pintu pagar dan kereta
Myvi putih itu meluncur laju keluar. Rozaina memandang Husna sekilas. "Tak
jawab pon soalan aku tadi."
"Maksud kau?" Husna
buat-buat lupa. Dalam hati dia berdoa Rozaina akan berhenti tanya soalan
tentang Zahfran.
"Eleh,buat tak tahu
pulak." sindir Rozaina pula,
Husna merengus,geram.
"Asal kau banyak tanya pasal dia? Jawapannya, ya! Perangai dia tu akan
menghancurkan diri dia. Puas?"
Rozaina ketawa mengekek.
Dia tau Husna benci bila tanya soalan yang sama saja. Tapi dia juga tahu yang
Husna itu seorang yang perahsia jadi Husna telalu merahsiakan 'bos kecil'nya.
Tapi itu juga keunikan diri Husna. Rozaina cuba membayangkan Husna dan CEO yang
tidak diketahui mukanya duduk di atas pelamin. Meleret senyumannya.
Nampak gayanya tak lama lagi aku akan dapat kad jemputan kenduri kahwin dari
dia, bisiknya nakal. "Ada lagi ya, orang yang macam tu."
Husna terdiam. "Dia
seorang yang baik bagaikan seorang kanak-kanak yang masih tidak tahu kejahatan
yang makin meluas di dunia ini. Dia sangat unik tapi siapa sangka yang dia tu
usahawan muda yang berjaya. Umur baru 26 kot." tersengih dia bila teringat
'bos kecil'.
"Kita ni dah masuk
27 tahun tapi masih tak kahwin lagi. Korang takkan tak jumpa lelaki yang
istimewa kot?" Soal Tina yang sedang memandu. Pasang antena rupanya.
"Akak macam tak
tahu yang Tini masih single but not available." jawab Tini.
"Same to me."
jawab Rozaina pula.
"Me three."
gurau Husna tanpa senyum.
"Comel ke CEO kita
tu?" soal Tina ingin tahu.
"No komen!"
jawab Husna selamba.
Hanya dua patah tetapi
mampu membuatkan yang lain kecewa. Maklumlah, mereka bertiga, Tina, Tina dan
Rozaina tak pernah sekali pun nampak muka CEO malah, nama lelaki itu juga mereka
tak tahu, dengan kata lain tak ingat. Sebab tu asyik panggil CEO-CEO sahaja.
Kasihan...
"Na, kau tahu sape
awek dia?" sesi soal jawab diteruskan.
"Single sekarang.
Asal? Kau nak try dia ke?"
"Just asking. Dia
dah banyak kali ada awek?" Tina tanya lagi.
"Dah banyak kali
tapi selalu ditinggalkan."
"Pernah dia
berdendam? Marah? Menangis atau kecewa bila ditinggalkan?" bertubi-tubi
soalan keluar dari mulut Rozaina macam tembakan peluru.
Husna diam memikirkan
soalan Rozaina. "Keempat-empat tu tak pernah. Dia hanya akan senyum dan
relakan perempuan tu pergi macam takde apa-apa."
Rozaina pelik. Tak
pernah lagi dia jumpa lelaki yang macam tu. Biasanya, sesetengah lelaki akan
kecewa atau berdendam tetapi anak teruna yang satu ni tak macam tu pula. Alien
ke apa CEO dia ni. "Peliknya..."
Husna berkata lagi.
"Dari segi pemerhatian aku,budak tu tak pernah cintakan mereka tapi cuma
kerana kasihan. Mungkin sebab itu dia selalu ditinggalkan perempuan sebab
mereka tak rasa cinta budak tu." Husna menarik nafas. "Dia ni jenis
lelaki yang sekali jatuh cinta dengan satu perempuan ni,dia takkan jatuh cinta
dengan orang lain dah. Kalau perempuan tu ada hati pada lelaki lain, dia akan
buat apa sahaja untuk memastikan perempuan tu jatuh cinta padanya dan tak akan
lepaskan dia sampai bila-bila kecuali Allah yang memanggil roh dia atau
perempuan tu dari jasadnya. Trust me, honey. Lelaki tu bahaya." kata Husna
yang sebenarnya lebih kepada amaran.
"Tak payah la,Na.
Kiteorang bukannya nak try dia pun. Just tanya. Lagipun, kitaorang tahu dia tu
kau punyalah, Na. Kan Rozaina?" soal Tini dapat anggukan Rozaina.
Husna mengetap gigi..
"Nak kena korang semua ni. Takde cerita lain ke? Asyik budak hingusan tu
je. Muak aku lama-lama tau!" rengusnya geram.
"Tina, Tini,aku
dengar kau dapat kad jemputan ke reunion Ahad depan. Korang pergi, ke?"
Rozaina cuba mengubah topik.
Tina dan Tini mengangkat
bahu. "Tak tahu lagi. Cakap pasal reunion, kau dari sekolah mana,Ina?
Tak pernah aku dengar kau ceritakan pasal sekolah kau." Tina menjeling
Rozaina dari cermin pandang belakang.
Rozaina tersentak.
"Haa... err... tak banyak cerita menarik sebab tu aku tak pernah sebut
pasal ni. Lagipon banyak kenangan pahit." tergagap-gagap dia
menjawab. Rozaina tersenyum kelat. Kenangan pahit, yek? Rozaina mengulang dua
perkataan itu seolah-olah bertanya kepada diri sendiri. Geram juga dengan diri
sendiri kerana tanya soalan berkaitan dengan sekolah.
"Rozaina! Ish, kau
ni. Mengelamun aje kerja. Teringat dekat orang tua kerepot tu ke?"
Sindiran Tina memecah
lamunan Rozaina. Rozaina mencebik. "Kenapa kau asyik nak samakan aku
dengan orang tua tu? Mati hidup balik pon aku taknak kat dia la. Kalau kena
fikir berjuta-juta kali pon aku tak hingin!" jawab Rozaina dengan lantang.
Geram dia bila kerap kali mereka menyebut pasal orang tua yang tidak diingini.
Pernah sekali orang tua
tu melamar dia dulu tetapi ditolak dengan sopan. Dah tua tu sedarlah diri tu
dah tua. Anak dia pon dah ada yang kahwin sampaikan dah ada anak dua tiga
dah, ada hati nak melamar aku. Sedang Rozaina sibuk membebel tak sudah dalam
hati, mereka sudah pun sampai ke Sunway Piramid. Hanya perlu mencari tempat untuk
pakir sahaja.
Sebaik sahaja masuk ke
dalam Sunway Piramid mereka memandang sekeliling yang dipenuhi
manusia. Waktu malam begitu memang ramai yang mengunjung biarpun bukan
hari minggu. Tempat pertama yang menerjah ke dalam kepala Tina, Tini serta Husna
adalah kedai kasut Vinci. Terkedek-kedek mereka bertiga pergi mencari kedai
itu. Rozaina hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis memandang mereka
yang membelek kasut bertumit tinggi itu yang ceria persis kanak-kanak ribena
mendapat gula. Husna yang demam tu pun dah pulih dari demam sekejap. Tetapi
Rozaina tidak menapak masuk ke situ sebaliknya dia mencari kedai buku MPH.
Waktu itulah baru muka Rozaina bertukar ceria.
Keluar sahaja dari
MPH, dia menjinjing sebuah plastik beg putih yang terdapat dua buah buku novel
yang bertajuk, Awak Suka Saya Tak? karya Melur Jelita dan Bila Nak Saksi karya
Rehan Makhtar. Buku novel Awak Suka Saya Tak? dikeluarkan dan dengan rakus dia
membuka plastik yang membalut buku itu dan membaca sambil berjalan kembali ke
kedai Vinci.
Bahaya sebenarnya baca
buku sambil berjalan tapi sampai juga dia ke kedai Vinci tanpa melanggar
sesiapa. Sedang dia khusyuk membaca, tiga pemuda yang sedari tadi asyik mencuri
pandang ke arahnya mula mengorak langkah mendekati Rozaina. "Hai, boleh
berkenalan?" tegur salah seorang pemuda itu. Ayat standard yang selalu
didengari oleh Rozaina setiap kali melepak.
Rozaina hanya memandang
sekilas muka mereka sebelum meneruskan membaca. Muka macam jamban pecah, kutuk
hati Rozaina dengan kejam. Pemuda tadi yang menegur mula naik berang bila
Rozaina buat endah tidak endah kepadanya. Buku novel di tangan Rozaina akhirnya
dirampas kasar.
"Woi! Bagi balik
buku akulah, budak!" Rozaina melenting tidak tentu pasal.
Pemuda tadi tersenyum.
Buku novel yang berada di tangannya diangkat tinggi. Macam manalah Rozaina yang
kecik ni nak ambik buku tu. Lompat macam mana pun takkan boleh dapat punyalah.
Dua lelaki yang berada di belakangnya tergelak melihat Rozaina yang
teloncat-loncat,cuba mengambil buku itu semula. "Nak nombor telefon, cik
adik yang manis." kata pemuda yang memegang buku Rozaina.
Muka dahlah gelap,rambut
sampai ke bahu,janggut meliar dengan pipi cengkung sana sini macam jamban!
"Muka jamban pecah, jangan harap aku nak bagi." sindir Rozaina sambil
melompat untuk mengambil balik bukunya.
Dua orang kawannya
mengeluarkan siulan kecil dengan sindiran Rozaina tadi kemudian mereka gelak.
Pemuda tadi mengetap gigi menahan marah dengan perlian yang agak pedas itu.
"Tak nak bagi takpe, saya buang buku ni dalam mangkuk jamban nanti."
ugut pemuda itu tidak mahu kalah.
Tiba-tiba satu tangan
menepuk bahu kiri pemuda itu dari belakang. Lelaki itu menoleh manakala Rozaina
tidak mempedulikan langsung kerana dia fikir lelaki yang menepuk bahu itu
adalah kawan budak muka jamban pecah depan matanya ni. Dia meneruskan lompat.
"Apa kata awak
pulangkan balik buku tu pada dia." tegurnya.
Rozaina berhenti
melompat. Matanya difokuskan pada lelaki yang mukanya lebih kurang macam orang
Korea tapi macam muka mat saleh pun ada. Emm... apa lagi. Terlonggo mulut
Rozaina merenung hamba Allah yang satu ini. Handsome? Dah tentulah! Comel?
Memang comel. Ketinggian? Tinggi lagi daripada budak muka jamban pecah tu.
Budak jamban pecah tu pun tingginya setakat di bawah dagu sahaja. Badan? Walaupun
memakai baju lengan panjang dengan seluar jean biru yang lusuh,dia tahu badan
lelaki itu berotot. Entahlah. Rozaina hanya meneka. Matanya berwarna hijau. Tak
silap dia, mata lelaki itu warna emerald, rasanya. Dia bukan tahu, main hentam
saja. Rambutnya hitam pekat. Kulit pula
putih melepak tapi bukan la macam mayat tu ye. Kulitnya cerah. Agak-agak, dia
ada awek tak? Kenapa kau nak tahu, Rozaina? Isy! Melalut pulak aku ni! Sesi
pemerhatian terpaksa ditangguhkan bila melihat lelaki muka jamban pecah macam
nak gaduh.
“Kau sape, hah?” jerkah
pemuda itu.
Rozaina memandangnya
dengan meluat. Patutnya aku yang tanya soalan tu pada kau. Rozaina menjeling
tajam. Matanya terpandang kasut tumit tinggi 4 inci. Rozaina meninggalkan dua
lelaki itu ‘bertekak’ sebentar. Kasut tumit tinggi warna pitch itu digapai dan dibelek dengan minat. Kasut
snickers sebelah kanannya dibuka dan digantikan dengan kasut tumit tinggi itu.
Perlahan-lahan dia mendekati pemuda muka jamban pecah itu. Tanpa
salam, berdehem, mahupun amaran, Rozaina memijak kaki pemuda itu dengan kasut
tumit tinggi itu dengan sekuat hati! Rasakan!!
Menjerit sakit lelaki
itu dibuatnya lantas menarik perhatian orang ramai. Cuba bayangkan betapa
sakitnya kena pijak dengan kasut macam tu. Fuh… penangan yang hebat! Buku novel
yang dipegang tadi pun dah tercampak entah ke mana. Tangannya lebih rajin
menggosok kaki yang sakit itu,
Rozaina tersenyum manis
yang dibuat-buat. Dibelek kasut tumit itu dengan minat lagi sebelum meletakkan
balik kasut itu ke tampat asal. Kasut sneakersnya dipakai semula. Kemudian dia
memaniskan muka sebolehnya. “Sedap, kan? Macam makan ayam Mcdy, betul tak?”
sekelip mata mukanya berubah bengis. “Apa lagi? Blah la! Duk kat sini lagi
kenapa? Nak aku bagi lagi ke?!” menjerit dia menghalau.
Ketiga-tiga lelaki itu
mencicit lari. Rozaina melepakan nafas puas hati. Kemudian baru dia teringat
buku novelnya yang satu itu. Belum sempat dia hendak memulakan program ‘mari
mencari’, satu buku novel disua kepadanya. Rozaina mendongak. Terpana dia
sebentar tadi. Cepat-cepat dia mengambil buju novelnya dari penyelamatnya.
“Terima kasih sebab tolong saya tadi.” Tuturnya dengan perlahan. Chet!
Malu-malu taik kucing pulak aku ni.
Zahfran tersenyum manis.
Bukan senyuman plastik macam Rozaina bagi pada tiga budak tu, ya! Senyum ikhlas.
“Sama-sama tapi saya rasa awak memang tak perlukan pertolongan saya tadi.”
Jujur dia berkata dengan hati-hati supaya Rozaina tidak terasa.
Rozaina menggeleng sambil
tersenyum. “Tak… tak. Memang saya perlukan. Kalau awak tak datang tadi untuk distract dorang sekejap,takkan boleh saya pijak kaki dia dengan kasut tumit
tu. Terima kasih jugak sebab tolong
pulangkan buku novel saya ni.” Kalau dia tak datang tolong aku, mesti habis
koyak buku novel aku kalau berebut dengan budak tadi, tambahnya dalam hati. Tak
berani nak cakap pulak…
“Sebenarnya saya tak
sangka awak akan buat macam tu pada budak tu.” Zahfran tersenyum lebar
mengenangkan betapa terkejutnya di dengan tindakan Rozaina yang tidak terduga
itu. Dia ketawa kecil dan lama-lama makin kuat tapi takdelah kuat mana.
Rozaina tersengih
mengingat tindakan drastiknya tadi. Patut aku pijak kaki dia dari awal lagi.
Tapi, kalau macam tu aku tak mungkin dapat kenal lelaki depan aku ni.
“Maaf sebab ketawa
tiba-tiba. Tapi bila ingat balik, saya fikir ia lucu.” Ucapnya tetapi masih ada
sisa ketawanya.
Rozaina menggeleng
perlahan sambil tersenyum. “Takpe. Saya suka tengok awak ketawa dan senyum
sebab awak nampak comel” opssss… terlepas! Rozaina tersipu-sipu kerana terlepas
cakap.
Zahran tersenyum lebar. “I’ll take it granted
that you were only praising me just now. Takde niat nak goda, kan?” usik
Zahfran. Dia amat senang dengan Rozaina biar pun baru kenal. Nama Rozaina pun
dia tak tahu.
Rozaina menggeleng laju.
“Takde.” Jawabnya sepatah. Gila apa nak terus terang kat dia yang aku
sememangnya tengah mencuba nasib! Tapi tadi tu memang terlepas cakap.
Zahfran mengangguk dan
tersenyum. Dia melihat jam tangan di pergelangan tangan kirinya dan memandang
Rozaina semula. “Kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu.
Assalamualaikum.” Pinta dia dan berlalu.
Rozaina menjawab
salamnya dengan terkejut. Islam rupanya lelaki tadi. Bisik hatinya perlahan
dengan perasaan lega.
Baru lima tapak Zahfran
jalan, dia pusing menghadap Rozaina. “Nice meeting you here, Miss.” Ucapnya
seraya tersenyum dan mengangkat kaki pergi.
Rozaina senyum. “Nice
meeting you here too, Mister.” jawab Rozaina perlahan. Alamak! Aku lupa nak
tanya nama dialah! Rozaina menepuk dahi dia kuat untuk mengejutkan dirinya. Apa
kena aku nak mintak nama dia,ni? Rozaina, kau dah kenapa?!
“Rozaina, sape tadi tu?” tanya Tina. Tina, Tini serta Husna yang tadi hanya menjadi penonton drama
sebabak antara Zahfran dan Rozaina mengambil keputusan untuk menjadi pelakon
tambahan. Cewah!
“Entah, aku tak sempat
tanya.” Jawab Rozaina. Dia memandang pula beg plastik Vinci yang ada pada
tangan mereka tiga. Setiap seorang, satu beg plastik. Nasib baik setiap
satu, satu kotak kasut.
Tini tesenyum sumbing.
“Tak sempat tanya ke terlupa sebab syok sakan tengok muka dia?” sindir Tini
sesedap rasa walaupun dia tak nampak pun muka Zahfran tu.
Rozaina tersengih.
Husna diam. Walaupun dia
hanya dapat melihat belakang susuk tubuh tapi dia dapat mengecam siapa lelaki
itu namun dia mengambil keputusan untuk
mendiamkan perkara itu. Kalau dia bukak mulut dan bagitahu siapa lelaki
tadi, mau tiga minah depannya sibuk bertanya pasal Zahfran saja. Macam takde
manusia lain yang nak disebut dalam dunia ni. Bosan juga dia dibuatnya. Tapi
dia tahu Rozaina pasti akan tahu siapa Zahfran bila dia pergi ke Skudai nanti.
“Husna!” panggil Rozaina
yang sudah pun jauh ke depan. Tina dan Tini juga.
==> bersambung
No comments:
Post a Comment