Tuesday, 29 January 2013

Bawaku Pergi... 3

Bab 3

Jam loceng kali ni berdering lagi kuat dari yang sebelum-sebelumnya. Rozaina menekan 'off' loceng. Dia mengeluh berat. Teruk semalam Tina,Tini dan Husna mengerjakannya untuk membeli satu jam loceng menggunakan duit sendiri.. Alasan mereka,tak sanggup membazir duit mereka lagi. Selalunya,mereka beli bergili-gilir kalau Rozaina pecahkan tapi kali ni mereka tak sanggup lagi dah.


Dengan lemah,dia bangun untuk mandi. Tualanya digantungkan ke bahu dan masuk ke tandas. Setelah lebih kurang sepuluh minit berada di dalam tandas,barulah dia keluar. Baju T-shirt hijau dan seluar jeans hitam disarungkan ke badan. Tak lupa juga jaket kulitnya. Tudung bawal berwarna hitam dipakai. Beg sandang putih yang penuh dengan keperluannya selama berada di Skudai digalas. Sneaker hitam corak kotak warna kelabu dan disediakan dengan stokin hitam digapainya sebelum menurun ke bawah.

"Awal kau bangun hari ni." sapa Tina dari dapur,sedang membasuh pinggan.

Rozaina yang baru saja melangkah ke ruang tamu,tersengih. "Perli,eh?" dan berlalu ke meja makan un bersarapan sebelum bertolak ke Skudai.

"Bukan perli tapi menyindir." cemuh Tina. Dia ketawa kecil bila dapat mengenakan Rozaina.

Rozaina memuncungkan bibir. "Maksud dia sama aje." dia menarik kerusi di depannya dan duduk.

Di meja makan terhidang dua keping roti kosong,satu telur mata,botol sos cili dan satu botol kecil lada hitam. Rozaina memandang Husna yang sedang mengunyah makanan yang disumbat. Husna mengerling sekilas. "Aku demam jadi tak boleh masak lauk yang meriah sangat. Nanti aku tak lalu nak makan. Korang aje yang lalu,merugikan aku ajelah."

Rozaina memuncungkan bibir. "Kejamlah kau ni,Husna. Aku mungkin balik sini bulan depan tahu." rajuknya yang bukan dibuat-buat.

Tina mengambil tempatnya semula sambil menunggu Tini habis makan. "Sebab itulah kitorang masak simple gila ni. Kalau buat meriah,kau kata kitorang suka bila kau pergi jauh dan lama. Tak ke gitu?" cemuh Tina.

Tusskk! Terasa seperti ada yang memanah hatinya sehingga berdarah mendengar cemuhan Tina itu. Rozaina tersengih. Betul jugak cakap dia tu.

Sudahnya mereka semua menunggu Rozaina habis makan. Bila Rozaina sudah siap memakai sneakernya setelah menyarungkan stokin hitam,mereka bertiga terus menerpa ke arah Rozaina. Rozaina membalas dengan hiba.

"Siapkan kerja cepat nanti balik awal." pesan Tini yang telrbih manja dengan mengalirkan air mata.

"Hey,aku still kat Malaysialah. Bukannya aku pergi oversea pon." cantas Rozaina tenang.

Setelah mereka semua melepaskan pelukan barulah Rozaina perasan yang mereka mengalirkan air mutiara kerana pemergiannya yang entah berapa lama. "Manja sangatlah korang ni. Kan aku yang susah sekarang." rungutnya manja.

"Masalahnya aku rasa macam kau akan pergi selama-lamanya. Aku tak sedap hati." rengek Tini manja. Tini memang manja,tidak seperti kakak kembarnya,Tina yang hatinya agak keras tapi masih nampak kelembutannya. Walaupun kembar,tapi kalau kenal mereka lebih dekat,senang nak bezakan Tina mana,Tini mana.

"Rozaina,bawak motor Ducati kau tu elok-elok. Aku tahulah yang kau suka pecut laju macam nak melumba tapi kali ni hati-hati. Aku pun rasa apa yang Tini tu cakap. Aku tak sedap hati." kali ini,Rozaina terkejut sikit. Husna yang hati beku boleh berkata begitu membuatkan dia sedikit tidak percaya tetapi cepat-cepat dia menghalau perasaan itu.

Tina mengelap air matanya dengan belakang telapak tangan. "Dengar cakap Husna dengan Tini tu,Ina. Jangan hancurkan pulak jam hotel tu." kata Tina cuba untuk bergurau. Tapi makin lebat air mata meleleh. "Jangan makan dengan gelojoh,baju kau tu mesti kena hantar dobi,jangan bekal makanan sampai dah basi,jangan sepahkan bilik tu,jangan selalu mengharapkan room service..."

"Hey,hey. Yang kau ni kalut kenapa,Tina?" Rozaina mencantas. Risau dia bila semua jadi pelik.

"Aku takut. Semalam aku ada mimpi buruk yang kau kena... kena..."

"Kena apa?" tanya Rozaina lembut.

"Aku dapat mimpi kau kena langgar masa nak pergi sana pastu kau dah takde!" lantas Tina menangis teresak-esak.

Rozaina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Adusss... payah ni. Dahinya berkerut mencari ayat apakah yang sesuai untuk diucapkan waktu ni. ketiga-tiga wanita di hadapannya yang sudah bagaikan keluarga itu sedang menangis. Rozaina tersenyum manis. "Dah,dah. Jangan menangis. Isy! Korang ni buat aku rasa macam tengah pujuk budak umur 2 tahun je. Aku pergi tak lama dan aku janji akan balik dengan cepat,bawak motor elok-elok,tak hancurkan jam hotel,makan tak gelojoh,hantar baju ke dobi,makan makanan sebelum basi,berkemas selalu,korek hidung selalu,buang air besar dengan kecil bila perlu. Haa... apa lagi?" Rozaina mula meloyar buruk.

Terhambur ketawa mereka bertiga dan hati Rozaina menjadi tenang kembali melihat wajah gelak ketawa mereka. "Sorry,emo sekejap kitorang." ucap Tini seraya tersenyum.

"Haa... ini barulah kawan-kawan yang aku kenal. Aku ingat,hantu manalah yang rasuk korang tu." Rozaina tersengih.

"Kitorang tersampuk hantu risau." jawab Husna yang tersenyum.

Rozaina menyarungkan helmet putihnya ke atas kepalanya. Motor Ducati Monster S4R dihidupkan enjin. pedal minyak dipusingkan dan terus keluar dari situ selepas memberi salam kepada mereka. Masih lagi terimbau-imbau wajah mereka menangis. Macam aku akan pergi selamanya pulak lepas ni. Peliklah dorang ni. Macam tak logik pulak aku rasa.

*****

Selama empat hingga lima jam Rozaina menunggang motorsikal,akhirnya dia sampai juga di hotel milik M&S Holding. Setelah memakirkan motorsikalnya,dia berlalu ke reception. Seorang wanita memakai uniform pekerja hotel berwarna putih pakaiannya manakala merah pada bahagian kolar dan hujung lengan yang menjaga di front desk tersenyum ke arahnya manakala yang lain sibuk melayan pelancong yang datang. Rozaina membalasnya dengan senyuman manis. "Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam. Cik nak sewa bilik,ke?" soalnya ramah. Name tag pada uniformnya tercatat nama Liyana.

Rozaina menggeleng perlahan. "Saya pekerja yang dihantar oleh Tan Sri Mahmud ke sini untuk pemantauan selama beberapa hari atau minggu ke sini. Saya rasa Datuk Kamal sudah pon sampai."

"Sekejap ya." pinta Liyana sopan. Dia mencari-cari sesuatu di komputernya. kemudian dia memandang Rozaina dengan senyuman. "Cik ni Puteri Nur Rozaina Suhaila binti Putera Rahmat Johari,ke?"

Rozaina yang sedikit terkejut mengangguk dengan wajah yang dimaniskan. "Ya,itu saya."

"Boleh tunjukkan IC Cik?"

Dia mengangguk dan mengeluarkan IC dari dompet yang dikeluarkan dari poketnya tadi. IC tadi dihulurkan kepada Liyana. Liyana memeriksa maklumat dan memulangkan IC kepada pemiliknya. Dihulur juga satu kad kunci.

"Nombor bilik Cik Puteri Nur Rozaina Suhailla ialah bilik nombor 51 di tingkat 8. Have a good time,Cik..."

"Rozaina. Awak boleh panggil saya Rozaina." cantas Rozaina sopan tanpa niat untuk menyindir. Lantas dia tersenyum manis,lagi manis dari tadi.

Liyana terkaku tetapi dia kemudian tersenyum manis dan mengangguk akur akan kehendak Rozaina. "Baiklah Cik Rozaina."

Masuk sahaja ke dalam lif,Rozaina mengeluarkan telefon bimbitnya. Jarinya ralit menekan pad kekunci tetapi otaknya melayang dari jasadnya. Tiba-tiba,telefon bimbitnya berdering. Rozaina yang separuh sedar itu mengangkat panggilan.

"Hai? Hime desu (Ya? Ini Puteri.)"

"Rozaina? Mengelamun,ya?" tanya gerangan itu.

Pecah lamunan Rozaina akhirnya. Dia kembali sedar. Bila pintu lif buka,dia melangkah keluar dan mula mencari biliknya. "Haa... maaf Tan Sri." pintanya sambil matanya mencari-cari.

Diam... langsung tiada siapa yang jawab. Rozaina menarik nafas dan menghelanya dengan lembut. "Maaf,papa." ucapnya lembut Dia tahu kenapa lelaki itu berdiam begitu. Macam budak Tan Sri Ahmad Farhan ni,kutuknya dalam hati.

"Emm... tahu pon camne nak panggil papa kamu ni. Kamu kat mana?" tanya Tan Sri Ahmad Farhan mesra.

Rozaina agak terasa. Hatinya seperti dicucuk-cucuk dengan pisau tajam. Tangan kanannya diletakkan di dada sebelah kiri,tempat mananya hati yang sakit dan tangan itu menggenggam baju. "Pa,sampai bila pa?" rintihnya pilu.

"Pa tak tahu nak. Maafkan papa sebab suruh kamu buat kerja gila ni,Rozaina Suhaila."

Matanya tertangkap no biliknya dan terus membuka pintu selepas kad discan. Kasut sneaker dibuka sebelum memasuki ke dalam. Bilik itu dilengkapi dengan katil king size,dua lampu meja diletakkan di dua-dua belah katil,lampu tidur diletakkan di atas lampu meja,cermin besar yang dipaku ke dinding dan di depannya terdapat sebuah meja dan kerusi kayu. Juga ada satu set sofa putih,sebuah coffee table berwarna coklat dan satu meja tv bersertakan Tv plasma. Emm... cantik dan moden,elegant dan macam-macam hiasan di bilik suite ini. Dia sebenarnya mana pandai nak berkias-kias bagai ni.

Ada satu aircond dan satu mesin pemanas. peti sejuk kecil juga ada. Almari moden warna cream tidak jauh dari katil. Satu benda penting lagi,semua benda dalam bilik ni benda yang mahal.

Beg galas serta helmetnya dicampakkan ke sofa dua dan membaling tubuhnya ke atas katil yang empuk itu. Telefon bimbitnya pula masih melekap pada telinga kiri."Rozaina,masih belum balik?" tanya dia.

"Rozaina masih di Paris,belajar menjadi patisserie." keluh Tan Sri Ahmad Farhan.

Rozaina terdiam. "Kenapa mesti aku yang menjadi mangsa. Aku pun nak jadi perempuan biasa." monolog Rozaiana yang terlupa akan kewujudan Tan Sri Ahmad Farhan yang masih di talian.

Tan Sri Ahmad Farhan terkedu. Dia tahu itu adalah isi hati anak angkatnya tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa selagi lelaki itu masih belum ditangkap polis. "Nak,kamu sekarang di mana?" soalan yang belum dijawab itu ditanya lagi.

"Oh! Rozaina dekat hotel milik Tan Sri Mahmud. Rozaina kena buat pemantauan di sini sekejap. Patutnya Rozaina sorang tapi ada orang tua tu menyibuk." rungutnya kasar.

"Sape?" jelas Tan Sri Ahmad Farhan ingin mengetahui siapa.

"Datuk Kamal."

"Datuk Kamal? Hmm... Rozaina kena berjaga-jaga dengan dia tu."

"Aikk? Kenapa papa?" hairan dia bila Tan Sri Ahmad Farhan tidak melenting seperti selalu bila dia merungut dan agak kurang ajar.

"Papa dapat tahu yang dia ni miang. Jaga-jaga jangan jadi mangsa dia,nak."

Rozaina mengangguk padahal bukannya Tan Sri Ahmad Farhan tu boleh nampak. "Baik,pa. Oh ya! Papa tahu tak kenapa Tan Sri Mahmud suruh Rozaina ke sini? Patutnya bukan Rozaina tapi budak lain,kan?" tanya Rozaina. Maklumlah,Tan Sri Mahmud dan Tan Sri Ahmad Farhan boleh dikatakan sahabat baik.

Rozaina terdengar suara Tan Sri Ahmad Farhan berbual tentang sesuatu namun tidak dapat menangkap butir bicaranya.

"Rozaina anak papa? Are you still there?"

"Ya,papa."

"Mahmud kata kawan kamu,Husna yang minta."

Gedebuk!! "Adoi doi doi..." Rozaina mengadu kesakitan. Tangan kanannya menggosok punggungnya yang sakit. Telinganya menangkap suara cemas Tan Sri Ahmad Farhan. Handphone yang di sebelahnya di ambil dan dilekapkan pada telinga kanan. "Ah. Takde apa-apa,pa. Jatuh dari katil je."

"Ish,kamu ni. Buatnya papa sakit jantung disebabkan kamu,siaplah. Macam mana boleh terjatuh?"

Rozaina tersengih. Disebabkan terlalu terkejut,dia terpusing 360 darjah dan akhirnya terjatuh ke lantai macam nangka busuk. "Terkejut punya pasal,pa. Papa,kenapa Husna minta Rozaina ke sini,eh? Agak-agak Tan Sri Mahmud tahu ke kenapa?"

"Manalah kawan baik papa tahu apa yang kawan baik kamu fikir."

"Alah,papa." rengeknya mengada-ngada.

"Hah! Mulalah tu. Dah,dah. Papa nak kena masuk mesyuarat ni. Assalamualaikum."

"Akk! Papa nak lari eh!!".

"Tak ada faedahnya papa nak lari. Lagipun buat apa papa nak lari sedangkan kamu dekat Skudai..."

"Waalaikummussalam." Rozaina menjawab salam tadi dan talian dimatikan oleh Tan Sri Ahmad Farhan. "Adoi... pedas gila ayat papa angkat aku ni. Isy... Husna ni pun satu. Kenapa dia minta aku ke sini?" Rozaina bermonolog. Kepalanya digaru lembut kerana tidak dapat mencari jawapan yang logik.

"Apa la aku ni. Kan aku memang nak telefon diorang. Aku pun dah janji nak telefon bila dah sampai." tudung di kepalanya dibuka dan rambut yang disanggulkan dilepaskan. Tudung bawalnya diletakkan di birai katil. Kemudian dia merangkak naik dan baring. Jarinya menekan punat hijau setelah pasti itu nombor telefon Husna. Hampa. Husna tidak mengangkat panggilan. Tina dan Tini juga sama. Akhir sekali dia menghantar mesej kepada mereka menyatakan dia sudah sampai ke Skudai.

"Emm... boring." keluhnya. Dan dia terlelap di katil kerana penat setelah menunggang dengan lama dan masalah yang tidak mahu dia ingat selamanya tetapi masalahnya bagaikan bayangnya sendiri. Pergi ke mana,pasti ada sahaja di belakangnya. Selagi 'dia' tidak pulang ke tanah melayu dan selagi lelaki itu tidak ditangkap,selagi itu dia tidak akan bebas.

*****

"Who was that guy just now?"

Rozaina yang baru melangkah masuk ke rumah yang gelap gelita itu terkejut. Spontan matanya mencari-cari di mana pemilik suara itu dan matanya terpaku kepada satu susuk tubuh yang tegap,duduk menyandar pada sofa satu itu dengan muka yang tegang di ruang tamu.

"My co-worker. From the company that I'm working now." terangnya. Lampu suis ditekan dan ruang tamu itu disimbah dengan cahaya lampu. Lelaki itu dipandang semula. Lebih jelas wajah tegangnya. Mukanya merah menahan marah. Muka Rozaina yang pucat sejak mendengar suaranya dari mula tadi makin pucat. Kalau toreh muka dia waktu ni,setitik darah pun tak akan menitis agaknya.

"Only a 'co-worker'. Why do I find it's hard to believe that." cemuh lelaki itu.

"What are you trying to say?" Rozaina mula naik baran tetapi tetap juga bersuara lembut.

"Memang mesra ke dengan dia?" tegas dia bertanya.

Rozaina naik pening. "Kami cuma rakan sekerja lagipon,kan Rozaina dah kata yang tayar motor Rozaina pancit."

"Don't lie to me!" lelaki tadi mula meninggikan suara. Kecut perut Rozaina.

"I'm tired of your jealousy,bang. Amir cuma hantar sebab dah malam. Lagipun,kebetulan dia nak lalu ikut taman ni. Dia offer nak hantar,Aina pun terima. Takde apa yang berlaku selain dari tu!" Rozaina menegas.

"That's it? He deliberately braking suddenly so that your body would hit him. When you were in front of him,he stared at you up and down,look at your buts and touch you when he can!" lagi meninggi suara dia dari tadi.

"Stop it! Enough! I've told you we are only co-workers. Which sentence or word that you don't understand!" Rozaina melenting.

"If you fallen in love with that guy,tell me sooner! I shouldn't marry you hanya untuk menjaga maruah you! Patut I dengar nasihat you. Siapa yang nak perempuan yang dah kena rogol!"

Hati Rozaina tersentak. Lelaki yang berada di depannya mula berubah wajah dengan wajah bersalah. Setitik demi setitik air matanya menurun. "I told you dozens of times back then to not marry me just because you want to be responsible even though it wasn't suppose to be you at all. I told you it would destroy your life. Day by day,I felt guilty for dragging a kid in my problems. I always thought that you are just a kid and it would be impossible for me to fall in love with you but I was wrong. Gravely wrong. Before I knew it,I was waiting for you to return home,I miss you even though we didn't see each other for only ten minutes and other things. In the end,I've fallen in love with you. I love you." lirih suaranya ucapkan kata-kata itu.

Bukkk! "Adoi... sakitnya." keluhnya. Biliknya yang gelap dipandang dengan pelik. Dia cuba ingat apa mimpi pelik tu. Tak pasti sama ada mimpi ngeri atau mimpi indah. Matanya dipejam celik-pejam celik. Masih lagi tak ingat.

"Hennano na yume. (What a weird dream.)"

Matanya berkalih pada jam hotel. 9.27 malam. Grueekk... kruu...

"Emm... aku tidur dari tengah hari tadi. Bangun pulak waktu malam,mana taknya perut aku bunyi."

Dari duduk bersila,dia bangun dan membersihkan diri. Tak sampai 10 minit,dia keluar. Baju T-shirt coklat dikeluarkan dengan seluar track. Tak lupa adik dan kakak. Kemudian dia memakai tudung yang dipakainya semasa datang.

Selipar yang disediakan hotel,dipakai. Belum dia nak tutup pintu,dia teringat akan dompetnya dan kad bilik. Cepat-cepat dia masuk dan mengambil dompet dan kad bilik yang diletakkan di atas meja lampu dan terus keluar.

Zahfran yang baru sahaja keluar dari Meal Cafe! mengorak langkah ke lif. Tiba saja di depan lif,dia menekan punat lif ke atas. Tiba-tiba,jam tangan yang dipakainya terjatuh ke lantai. Zafran pelik. Tak mungkin jam tangannya boleh terbuka dengan senang sedangkan dia baru sahaja mengetatkan jam itu. Zahfran membongkok untuk mengambil jam tangan yang di atas lantai marble tu.

Serentak,pintu lif dibuka. Rozaina yang baru hendak melangkah keluar tersilap ambil langkah dan tersepak kaki sendiri,terkedepan.

Zahfran yang mendongak dan tanpa sempat dia berbuat apa-apa,bibir Zahfran dan Rozaina... bertemu.

No comments:

Post a Comment