Rozaina menolak daun pintu dapur setelah memberi salam kepada mereka untuk pulang ke biliknya. Penat memasak sehingga berjam-jam lamanya. Rozaina mengintai dewan besar itu. Mataya terpaku kepada pasangan suami isteri itu yang bergambar. Manis, sama padan, sama cantik. Rozaina tersenyum nipis. Tumpang gembira.
Dia berasa lega bila dua kek itu berjaya disiapkan. Cheesecake sebenarnya hanya untuk rombongan pegantin lelaki dan perepuan manakala lava cake untuk yang hadir tetapi hanya 120 lava cake yang berjaya dibuat. Emm... sape cepat, dia dapatlah. Pat pat siku lipat, sape cepat dia dapat.
Rozaina tersengih. Dia berpaling dari pintu dewan untuk beredar. Sedang dia asyik berjalan, dia berfikir akan perkara yang dibincangkan dengan chef-chef itu.
"Midi, mereka yang lain memang hilang atau tak dapat datang?" tanya Rozaina.
Midi mencebik. "Daripada hari tu lagi aku dah pesan kepada mereka suruh datang tapi bila aku datang pagi tadi sorang pun takde lagi, aku tunggu jugak budak-budak tu tapi... macam yang kau tengoklah. Hanya mereka yang datang. Dah puas aku suruh si Jamil telefon dorang tapi takde sape yang angkat, kami biarkan sajalah."
Berkerut dahi Rozaina mencerna tiap ayat yang diperkatakan oleh Midi. Macamlah si Midi tu bagi teka-teki pada dia. "Takkanlah dorang lupa. Mesti ada sesuatu yang berlaku,kan?"
"Itu kami tak pasti lagi tapi kalau fikirkan balik, tak mungkin sesuatu besar berlaku kepada mereka dalam serentak." bentak Farel. Dia berasa agak tidak puas hati bila Rozaina cuba membela mereka yang tidak hadir.
"Emm... kalau dah kehendak Tuhan,kita tak boleh nak buat apa-apa, kan?" soal Rozaina lembut. Mereka yang lain terdiam. "Takpelah. Untuk hari ni kita biarkan saja. Kalau sesiapa nak minta duit gaji lebih, sila beritahu sekarang." katanya tanpa ada satu niat pun hendak menyindir. Rozaina tahu mereka semua penat kerana kerja mereka telah menjadi berganda pada malam itu memandangkan yang sepatutnya hadir tetapi langsung tak nampak bayang.
Tebu menggeleng. "Tak perlu untuk itu, Rozaina. Apa yang kami dapat tu pun dah cukup dah tu. Mereka yang tak datang tu biar Sarimah selesaikan."
Dan akhirnya mereka semua mengalah biarpun rasa tidak puas hati itu masih bersisa dalam hati.
Rozaina mengeluh. Penat memikirkan apa yang akan terjadi selepas ini. Sedang dia berjalan,dia mendengar sayup-sayup suara seorang lelaki.
"... ada seorang perempuan yang tolong mereka. Tak tuan, dia bukan chef di hotel ini."
Langkahnya mati. Antena telinganya cuba dipasang. Dia mendekat di sebalik tiang dinding yang muat untuk menyorokkan tubuh kecilnya. Lelaki yang lengkap memakai pakaian pelayan yang kemaja putih berlengan panjang,vest hitam dan seluar slack hitam dihendap.
"Saya tak pasti siapa dia tapi saya akan teruskan siasat. Tuan jangan risau. Baiklah Tuan." talian pun dimatikan. Sebaik memasukkan telefon ke dalam kocek sepantas kilat dia memalingkan kepala ke arah tiang dinding yang Rozaina menyorok di sebalik dan sepantas kilat juga Rozaina menarik kepalanya yang terjegul tadi.
Selepas memastikan pemuda tadi sudah pun beredar, Rozaina keluar dari tempat persembunyiannya. Pelik dengan perbualan yang didengarnya tadi dan mula merasakan sesuatu tidak enak akan berlaku tak lama lagi.
Rozaina mengambil keputusan untuk melepak di swimming pool. Tiba-tiba rasa hendak mencelupkan kaki ke dalam swimming pula. Sampai sahaja di swimming pool, dia terkaku. Agenda semalam yang memalukan terimbau kembali saat terpandang wajah lelaki itu.
Zahfran yang berdiri tidak jauh dari swimming pool memandang ke arah langit yang gelap dan disimbahi dengan bintang-bintang yang bercahaya. Sangkanya, kerja di Skudai taklah banyak mana dan boleh disiapkan dalm 2 minggu tetapi kerjanya lebih banyak daripada yang disangka pula.
Langkah Rozaina diatur dengan kemas. Niatnya hendak menendang lelaki itu jatuh ke dalam air. Rasa marah masih berbaki. Mulutnya terkumat-kamit mengeluarkan perkataan yang tidak enak untuk didengari dan sesekali dia bercakap dalam bahasa jepun.
"... iss... kaese..." katanya.
Zahfran berpaling dan berasa amat terkejut dengan kehadiran Rozaina yang tidak diduga itu. Gulp! Dia menelan liur. Dapat dirasakan aura membunuh yang datang dari Rozaina. Semakin lama Rozaina mendekat, semakin jauh Zahfran menapak ke belakang. Telinga cuba menangkap apa yang diperkatakan oleh Rozaina.
Saat Rozaina mengangkat muka yang sedari tadi menunduk, hati Zahfran berbisik... uh'oh.
"Watashi no first kissu ni wa kaese!! (Ciuman pertama aku, bagi balik!!)" jeritnya lantang dan terus menyerang Zahfran namun Zahfran mengelak dengan cepat. Terkejut seketika tetapi diteruskan juga menyerang biarpun Zahfran mengelak dengan tangkas.
Zahfran pula cuba dengan sedaya upaya mengelak. Kepalanya ligat berfikir dengan ayat Rozaina tadi. Apa? Bahasa apa tu? Korea ke Jepun? Yang aku faham cuma first kiss tu je la! "Cik! Saya betul-betul minta maaf! Semalam tu memang saya tak sengaja!!" jeritnya.
Rozaina hanya diam dan terus menyerang. Penumbuk, flying kick, low kick dan segala benda cuba diberikan kepada Zahfran tetapi yang ajaibnya satu pun tidak mendarat ke tubuh Zahfran itu. "Tak mungkin? Cuba duk diam-diam!" bentaknya marah. Tak percaya bahawa ada yang lebih kuat darinya.
Dalam cuba mengelak setiap serangan Rozaina, sempat dia menggeleng. "Taknak! Saya tak nak kena penumbuk atau tendangan cik ni. Takut patah tulang saya ni."
Rozaina berdiri dengan posisi lawannya. "Ha??" jeritnya. "Aku tak kisah! Patah tulang pun lagi bagus. Sape suruh cium aku?!!" terus sahaja menyerang kembali tanpa amaran.
Zahfran agak terkejut kerana tiba-tiba sahaja Rozaina menyerang. "Ekk!! Tapi dalam hal ni pun, Cik juga bersalah!" penat mengelak, penumbuk Rozaina ditangkap.
Apabila penumbuk kanannya digrip oleh Zahfran, dia menghayunkan pula penumbuk kiri, juga digrip oleh Zahfran. Tak cukup dengan itu, dia cuba menendang kaki Zahfran tetapi berjaya disekat oleh Zahfran. "Kenapa pulak aku yang bersalah?!" tanya dia dalam pada cuba melepaskan diri dari Zahfran yang memegang kedua-dua tangannya kejap dengan kakinya masih lagi disekat.
"Sebab kalau cik tak jatuh, tak adanya kita akan tercium." jawab Zahfran.
Rozaina mencebik. Benar. Apa yang dikatakan oleh Zahfran ada betulnya. "Tapi siapa suruh awak..." kata-katanya mati di situ bila akalnya mati untuk mencipta alasan lain. Rozaina memuncungkan bibir. Mengalah.
Setelah memastikan bahawa Rozaina tidak akan menyerangnya lagi,dia melepaskan Rozaina. Dia melepaskan nafas lega bila Rozaina yang tadi bagaikan harimau liar kini telah menjadi kucing yang jinak dan diam.
Pang! Tamparannya tepat mengena pipi kiri Zahfran. "That's for blocking all of my attack." gumamnya.
Zahfran terkedu. Dia langsung tidak menyangka Rozaina akan menyerangnya lagi. Pipinya yang merah disentuh dan termuntah juga ketawa yang ditahan sekejap tadi.
Rozaina mula menjauhi Zahfran yang tiba-tiba gelak tak ingat dunia. Dipandang sekeliling kolam renang itu dan lega bila ada lima orang bermandi biarpun sudah malam. Dipandang semula Zahfran bila tawanya reda. Barangkali pelik dengan Zahfran yang ketawa tiba-tiba.
"Cik ,sekali lagi saya minta maaf tapi lepas ni takde lagi dah ye kalau saya tak buat salah lagi. Masuk ni,d ah tiga kali saya minta maaf untuk satu kesalahan."
Rozaina menjeling. "Emm... baiklah. Wei, kau ada belajar seni mempertahankan diri, ke?" soalan yang dari tadi bermain di dalam kepalanya terluah juga.
Zahfran mengangguk. "Ada. Karate,taekwando,judo dengan silat. Kenapa?"
Rozaina menggeleng perlahan. "Takde lelaki yang pernah mengelak daripada serangan aku. Senang cerita, tidak pernah aku jumpa manusia yang lebih kuat dariku. Itu yang aku tanya." jawabnya perlahan. Bukannya dia nak menunjuk-nunjuk tapi itulah yang benar. Dia memandang Zahfran semula. "Kenapa kau gelak tadi?"
Zahfran tersenyum nipis. "I didn't think that I would lowered my guard just now."
Berkerut dahi Rozaina mencerna kembali ayat Zahfran. Matanya membuntang bila dapat menangkap maksud di sebalik ayat itu. "What?! Was that slap just now was luck??"
Zahfran tersengih. "Sorry about that, Miss. Cik, nama cik apa? Dari tadi panggil 'cik', 'kau', 'aku' tapi nama langsung tak tahu."
Rozaina menggaru kepala. Alahai, mamat ni. Baru sahaja Rozaina hendak membuka mulut, telefonnya berdering. Mereka berpandangan seketika sebelum Rozaina menjawab panggilan. "Waalaikummussalam, Tina." baru sahaja dia hendak meminta diri daripada Zahfran, Zahfran sudah pun hilang dari pandangan matanya. Meliau mencari dan rupanya Zahfran sudah berada di dalam bangunan hotel, sedang melambai kepadanya.
Rozaina membalas lambaian itu sebelum kembali berbual dengan Tina. "Haa... kenapa tiba-tiba call aku ni?" hairan apabila Tina tiba-tiba telefon.
"Aikk..? Aku telefon pun tak boleh. Hmm... sebenarnya aku nak bincang sesuatu dengan kau ni," dari nada bergurau,terus bertukar serious pada ayat akhir.
"Serious ke?"
Tina mengeluh kecil. Dipandang sekeliling taman hospital itu. Agak ramai lagi orang pada masa itu dan terdengar juga siren ambulans keluar atau masuk. "Aku nak bincang pasal Husna." ayatnya terhenti di situ. Agak was-was untuk menyambung ayat yang seterusnya. "Kau tahu kan yang Husna bukanya seorang yang senang kena demam. Biasanya dia demam panas bila fikirkan sesuatu yang mendalam."
Rozaina mengangguk faham namun masih tidak faham apa yang sebenarnya yang Tina hendak bincang.
"Kau tak rasa pelik ke dengan apa yang Husna cakap semalam?" sekarang,barulah Rozaina faham setelah soalan itu diajukan. "Lagi pelik kalau aku kata aku tak rasa pelik." jawab Rozaina. Dia melabuhkan punggungnya pada salah sebuah kerusi plastik yang berdekatan dengan kolam renang.
"Aku tak rasa yang Husna main-main. Dia kata calon untuk kau. Kau rasa siapa?"
Rozaina menahan tawa. "Manalah aku tahu. Lagipun si Husna tu bukannya rapat dengan orang lelaki kecuali dengan bos kecik dia tu. Dia kata sebab bos kecik tu dah macam adik dia, kan?" dia melepaskan tawa pada akhir ayat.
Tina terdiam memikirkan kata-kata Rozaina. Betul jugak tapi takkanlah...! "Calon yang dia kata tu mungkin bos kecik dia." tekanya. Entah kenapa dia merasakan tekaan itu tepat. Tina mula gelisah. Dia, Rozaina dan Tini tahu dan sedar Husna menaruh hati pada bos keciknya. Jika tekaannya tepat,mitu bermakna Husna mengorbankan dirinya dan dia pasti Rozaina pasti akan menyesal dengan tindakan Husna!
Kali ini, Rozaina pula yang terdiam seketika. Matanya dipejam celik. "Ehh! Masaka. Ari ee naiyo! (Takkanlah. Itu tak mungkin!)" sangkal Rozaina cepat.
"Rozaina,please talk in malay or english." keluh Tina.
Rozaina ketawa kecil. Terlepas cakap dalam bahasa jepun pulak. "That's impossible. You know that too. By the way, asal aku telefon semalam lepas Husna letak telefon korang tak angkat? Berpuluh-puluh kali tau tak aku telefon korang!" marah Rozaina.
"Ahh... pasal tu."
"Pasal tu apa?" tanya Rozaina.
Tina tersengih. "Disebabkan kitorang bising sangat,nurse yang tegur kitorang mula-mula tu pergi rampas phone kami bertiga. Dengan selambanya,dia boleh pulak keluarkan kad sim dari telefon tu depan mata kitorang. Lepas tu dia bagi dekat kitorang balik handphone kitorang. Dia kata 'Hmm... nah amik telefon awak semua balik. Cakaplah puas-puas dengan telefon yang takde kad sim tu' lepas tu blah macam tu je. Esoknya,dia datang pastu pulangkan balik kad sim kami bertiga."
Rozaina ketawa terbahak-bahak. "Tak sangka nurse tu berani gila!" katanya sambil menekan perutnya yang terasa sengal kerana ketawa kuat. "Ahh... my stomach hurts." ikutkan hati, mahu sahaja di gelak berguling-guling di atas lantai.
"Tau pun kau. Eh. Ada progress tak kat sana?" tanya Tina.
Rozaina menepuk dahi. "Lupa pulak. Okaylah wei. Aku nak call Tuan Mahmud, nak lapor diri."
"Kau ni cakap macam askar. Yelah. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam. Kirim salam kat dorang, eh." sempat Rozaina memesan Tina sebelum menamatkan panggilan. Kemudian dia menekan nombor-nombor untuk menelifon Tan Sri Mahmud. "Helo. Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." jawab Tan Sri Mahmud.
"Tuan Mahmud, saya telefon untuk melapor diri." katanya dengan tegas tanpa secalit senyuman pada bibirnya.
"Lagak kamu ni macam askar dah saya dengar, Rozaina." gurau Tan Sri Mahmud.
Rozaina ketawa kecil. Baru sahaja tadi Tina berkata begitu padanya. "Saya dilatih bagaikan askar sejak kecil lagi,Tuan Mahmud. Dah jadi tabiat saya kalau lapor diri untuk misi yang macam ni." suaranya kembali ceria.
"Kenapa tak hantar laporan kamu guna e-mail saja?"
"Kalau hantar e-mail, jadi tunggang langgang la laporan saya tu Tuan Mahmud." jawabnya bersahaja dan membuat Tan Sri Mahmud ketawa. Selepas itu, keadaan menjadi serius semula. Dia mula menceritakan apa yang terjadi pada hari itu dan Tan Sri Mahmud mendengar dengan tekun. hanya sesekali dia bertanya beberapa soalan.
"Saya tak pasti lagi tapi saya rasa lelaki tu ada kaitan dalam hal yang baru berlaku tu." ulas Rozaina.
"Hmm... saya rasa kamu kena perhatikan dia betul-betul Mungkin ada juga yang lain jadi hati-hati. Kita tak tahu lagi apa yang mereka rancang. Yang lain pun sedang berusaha menjejaki siapa yang menjadi dalangnya. Saya tak rasa hanya satu company yang terlibat. Mungkin ada 2-3 company lain."
Rozaina mengeluh. "Itulah yang saya rasa Tuan Mahmud. Apa-apa pun, itu sajalah laporan untuk hari ni."
"Kalau macam tu, Assalamualaikum."
"Waalaikummussalam." jawab Rozaina perlahan sebelum gerangan di sebelah sana mematikan talian. Rozaina mengeluh panjang. Matanya ralit melihat bintang-bintang pada dada langit yang meluas tanpa ada penghujungnya. Jika tekaan Tina mengenai calon yang Husna katakan itu adalah bos kecik Husna, sanggupkah dia menerima?
bersambung....
p/s: Saya minta maaf sebab lambat masukkan n3 untuk kali ini. Moga anda terhibur membaca! Kalau ada silap dalam n3 kali ini dan sebelum-belumnya,tolongla tegur,ya? Supaya saya akan memperbaiki silap itu. Terima kasih <3

No comments:
Post a Comment