Wednesday, 23 January 2013

Bawaku Pergi... 1

Bab 1


Jam loceng berdering menandakan sudah pukul 6 pagi seperti yang telah ditetapkan. Rozaina meraba-raba meja katil di kirinya dengan menggunakan tangan kanannya. Bila dia sudah memastikan benda yang dipengang itu adalah jam loceng yang masih berbunyi,terus dia membaling jam itu ke dinding denga kuat sehingga pecah berkecai. "Kacau tidur aku ajelah." ngomelnya. dalam hati,dia mengira. Dalam 3... 2... 1!


"Nur Rozaina binti Tan Sri Ahmad Farhan!" bergema jeritan itu di seluruh rumah.

Fuh! Macam pontianak punya suara daaa... ini bukan 'macam' pontianak punya suara sebab pontianak pon lari lintang-pukang bila dengar! Hahaha! Nasib baik takde jiran yang sakit jantung kalau tak,'jalan' la orang tu. Sempat lagi Rozaina mengutuk kawan dia tu.

Derapan kaki milik Husna didengari Rozaina. Belum sempat dia lari masuk tandas,Husna sudah pun membuka pintu dengan kasar. Mukanya merah akibat marah yang meluap. Melihat Rozaina yang masih kaku dalam selimut lagi menaikkan darahnya.

"Yang kau berkelubung dalam selimut macam hantu pocong tu kenapa? BANGUN!" jeritnya.

"Yelah makcik." jawab Rozaina selamba. Dia menggeliat seperti kucing sebelum bangun. Emm... aku panggil dia pontianak,dia panggil aku pocong. Macam tau-tau aje dia yang aku mengutuk dia. Bila terpandang mata tajam yang menikam milik Husna itu, mencicit dia lari ke dalam tandas dengan tuala yang disangkutkan ke bahunya tadi.

"Lunch nanti beli jam loceng. Dah dua jam yang hancur masuk bulan ni. Kali ni kau guna duit sendiri beli. Membazir duit aku, Tina dengan Tini aje beli. Last sekali hancur jugak!" bebelnya sendirian. Husna memandang jam loceng merah yang hancur itu. "Bersihkan jam tu!" laungnya sebelum beredar. Teringat sayur campur yang dimasak itu dengan api yang belum ditutup, laju saja kakinya melangkah ke dapur. Hanguslah sayur aku!

"Baik!" sempat Rozaina membalas.

Rozaina keluar dengan berkemban dengan tuala dari tandas. Baju kurung jingga yang digantung di almari disarungkan ke tubuhnya selepas memakai pakaian dalam. Tudung berwarna pink cair dipadankan dengan corak bunga yang sama warna. Stokin hitam dipakai sebelum turun ke bawah, menuju ke dapur. Sebelum itu, beg sandang kecil berwarna hitam pekat digapai.

"Emm... sedapnya bau." ujar Rozaina sebaik menapak ke meja makan.

Diambil tempat duduk menhadap Tina manakala Husna menghadap Tini. Tina dan Tina,budak kembar,menyengih kepadanya. "Stokin yang kau pakai tu stokin semalam yeh?" tanya mereka berdua dengan sinis.

Rozaina yang menyenduk lauk sayur campur ke dalam pinggan itu terkejut. "Mana korang tau?!"

"Euuw! Bucuk!" serentak mereka bertiga berkata semua memicit hidung.

Rozaina makan dengan selamba. "Baru berapa jam aku pakai semalam. Mana ada busuk. Pandai-pandai aje korang ni. Kasi korang bau kang baru tau." balas Rozaina paku buah keras.

Tina dan Tini menggeleng. "Taknak!" jerit mereka dan makan. Kemudian mereka semua gelak

Husna menjeling kepada Rozaina di sebelah yang sedang makan dengan lahapnya macam orang tak makan dah seminggu. "Kau solat subuh tak tadi?"

Rozaina mengunyah dahulu sebelum menelan untuk menjawab. "Beb, aku ABC la."

"ABC tu apa?" Tina mengerutkan dahi. Takkan makan ABC kot.

"Allah Bagi Cuti. A.B.C." jawab Rozaina.

"Kalau belum mandi wajib?" celah Tini pula.

"BMW la."

Tina dan Tini angguk bila faham. Kemudian,mereka berdua teringat sesuatu. "Jam loceng tu berkecai ke?" tanya mereka serentak.

Rozaina tersengih.

"Tengok orangnya pun dah tahu,kan?" sinis dia menjawab soalan itu dengan soalan.

Tina dengan Tina berpandangan sesama sendiri sebelum Tini menjawab. "Manalah tau kot-kot jam tu boleh survive lama ke." paku buah keras dipulangkan. Kembar itu tersenyum sinis bila Rozaina menjelir lidah tanda mengalah.

Di meja makan kemudian senyap. Tina dan Tina bangun dulu kemudian Rozaina selepas Husna. Rozaina melangkah ke almari kasut mereka berempat dengan malas. Mereka yang lain sudah pun ke pejabat, tinggal dia saja. Tangannya menarik keluar sepasang sneaker hitam bercorak warna kuning. Helmetnya yang tersedia atas almari kasut pula dipakai dengan betul sebaik sahaja siap mengikat tali kasut.

 Motor Ducati Monster S4R ditunggang dan keluar dari taman itu dengan laju bagaikan seorang pelumba. "Aku benci nak tengok muka orang tua miang keladi tu!" jeritnya kuat mengejutkan sesiapa yang mendengar.

"Woi! Gila ke apa?" jerit seorang pemandu kereta wira hijau.

Rozaina memandang belakang, kepada pemandu tadi. Dia menyusun lima jari dan menjerit, "Sorry bang tapi ini memang rutin harian saya untuk mulakan kerja! Kalau tak, habis bos saya tu kena belasah!" jeritnya pula.

Muka pemandu itu berubah pucat. Sape tak takut dengan budak gila yang menjerit entah apa-apa lepas tu kata macam tu. Pakaian dah sopan,cantik dah tapi gila rupanya,ngomel pemandu tadi.

Selesai berkata, Rozaina memecut laju dengan motornya kerana takut lambat sampai ke kerja. Motor Ducatinya dipakir bila sampai ke tempat tujuannya. Helmetnya dibuka, tudung bawal dibetulkan dan barulah dia masuk ke dalam bangunan mewah yang bertingkat-tingkat milik M&S Holding Sdn Bhd.

Tinggi memang tinggi. Nasib baik naik lif tapi kalau lif tu rosak ,jenuhlah nak naik tangga kalau kerja dekat tingkat yang tinggi.

Rozaina menekan butang lif. Bila pintu lif buka, terus dia masuk dengan pekerja-pekerja yang lain. Sampai sahaja di tingkat sepuluh,dua orang selain Rozaina keluar dari lif. Yang lain menuju ke meja mereka tetapi Rozaina menuju ke pantri untuk membancuh air kopi kepada bos yang dibenci itu.

Jangan main benci-benci nanti tukar sayang baru tau. Nasihat mindanya. Sibuk! Dah aku benci, kau nak buat apa? Jerit hatinya pula. Selesai membancuh kopi, dibawa pula kopi itu ke bilik bosnya. Pintu tidak diketuk kerana dia pasti lelaki tua itu masih belum sampai. Secawan kopi itu diletakkan dia atas meja. Tanpa menunggu lama, dia keluar dan mengorak langkah ke biliknya pula.

**********

Telefon interkom berbunyi. Baru saja melekap ke telinga, suara orang tua itu bergema. "Sayang, masuk bilik I, ya."

Naik bulu romanya. "Eiii... geli! Sedar-sedar la diri tu dah tua! Nak ber'sayang-sayang' dengan aku pulak. Aku tembak mulut dia dengan senapang patah sampai habis berkecai mulut baru tau" bebelnya dengan geram.

Buku diari hitam dicapai dan melangkah keluar. Pintu diketuk berkali-kali sebelum masuk. Dia memandang wajah Datuk Kamal yang sentiasa tersenyum miang tiap kali mereka berduaan. "Saya nak awak siapkan fail ni. Kalau boleh, esok saya nak tengok ada atas meja." katanya sambil menghulur fail kuning yang tebal itu kepadanya.

Rozaina mengambil fail itu dan menunggu arahan yang seterusnya.

"What's my schedule?"

Rozaina membuka buku diarinya dan berkata "Takde yang melibatkan kerja cuma anak Datuk, Kareena, suruh saya mengingatkan Datuk yang malam ni hari jadi dia. Dia minta Datuk dan Datin datang ke Hotel Hilton untuk menyambut hari jadinya pukul 8 malam." dia menutup bukunya semula dan memandang Datuk Kamal.

Datuk Kamal mengangguk dan masih lagi tersenyum miang. "Lunch ni kamu lunch dengan siapa?"

"Seperti biasa, dengan kawan." jawabnya malas. Meluat dia dengan orang tua miang keladi itu.

Datuk Kamal mengangguk sekali lagi. "Kamu boleh pergi."

Tanpa menunggu sesaat, laju dia keluar dari bilik itu macam angin. Lesap macam tu saja. Tak hingin dia nak berlama-lama dengan orang tua tu.

Berjam-jam dia duduk dalam bilik menyiapkan kerja yang diberikan kepadanya tadi. Sesekali dia masuk ke bilik pejabat orang tua itu kerana menghantar fail yang diminta. Datuk Kamal masih lagi tidak mahu mengalah dalam mengajak Rozaina lunch bersamanya tetapi Rozaina menolak dengan sopan santun sekali... agaknya. Kalau bukan sebab orang tua tu bosnya,sudah lama dia menghalau keluar orang tua itu dari syarikat yang makin maju itu.

"Aku bencilah dengan orang tua tu!!" rungut Rozaina kepada Tina dan Tini sebaik mereka menjamah makanan KFC. Husna pula masih belum sampai.

"Kau dah cakap tu berkali-kali, Ina. Kang tiba-tiba mu jatuh cinta dengan orang tua kerepot tu baru tau." kata Tina dengan selamba.

Rozaina membuat muka jijiknya.

"Mintak simpang malaikan 44! Jauhkanlah benda tu dari benda tu terjadi. Aku lagi rela kahwin dengan bangla tepi jalan."

"Did I miss anything?" tanya Husna dengan termengah-mengah. Disebabkan lambat,dia lari marathon ke KFC itu.

"Macam biasalah, Na. Dia merungut pasal miang keladi tu. Rozaina, apa nama singkatan miang keladi? Kau ada bagitau dulukan? Kau main reka tu."

"Miladi"

Terkekek-kekek Tina dan Tini ketawa mendengar jawapan Rozaina itu. Husna hanya menggeleng. "Tak pernah lagi aku dengar ayat tu. My lady aku pernah dengar la. Kau ni memang suka mereka ayat sendiri, kan?"

"Lagi cepat lagi senang!" kata Rozaina dengan bangga.

"Lagi lambat lagi selamat." sindir Husna.

Rozaina mencebik. "Apa kaitanya pula?"

"Kang tak pasal-pasal orang tua kerepot tu ingat kau panggil dia 'my lady' tak ke buat lawak loyar buruk aje?"

Terbahak-bahak kembar di sebelahnya ketawa mendengar jawapan Husna. Husna juga gelak mengingatkan ayatnya.

Rozaina memuncungkan mulut bagi membalas sindiran Husna itu. Dia kemudian melepaskan keluhan. "Kau boleh la menyindir aku macam tu Husna sebab kau PA CEO kita. Bukan orang tua kerepot tu."

Husna mengambil tidakan selamba saja pada mulanya tetapi dia mula bercakap bila mata tajam mereka bertiga menghala kepadanya. "CEO kita tu lagi bermasalah dari tua miang keladi tu."

"Asal?" serentak mereka bertanya.

"Dia tu baik sangat." rungut Husna. Bukan selalu dia merungut tentang bos dia. Sekali-sekala apa salahnya.

"Apa salahnya kalau baik pon. Okay la tu."

"Ina, kau tak tahu dia tu macam mana! Kau tak kenal dia. Melampau sangat baik dia tu. Dua tahun aku kerja dengan dia sebagai PA, aku dah tahu setiap ceruk perangai dia. Aku tahu perangai dia tu akan menghancur diri dia sendiri. Dia akan terjerat. Aku tahu benda buruk akan berlaku."

Tina dan Tini tersenyum sinis. "Aikk Husna. Kau da tangkap cinta sama bos kau ke?"

Husna terdiam sebelum gelak. "Dia tu setahun muda dari aku. Tak hingin aku tapi aku dah anggap dia macam adik aku sendiri dah."

"Cinta jangan dibuat main, Na. Kalau dah memang jodoh kau dengan bos kau tu, baru kau tau." sampuk Rozaina.

Tercekik Husna dengan kata Rozaina. Matnya mencerlung memandang ke arah Rozaina. "Kot ye pon, jangan la sampai extreem sangat kata jodoh aku dengan budak tu. Kau tu pulak, tak lama lagi jangan hantar kad jemputan kenduri kahwin kau dengan tua miladi tu sudah. Kalau ye, aku bagi hadiah baju tidur transparent warna hitam, eh? Malam pertama kau tu pakai la ye. Orang tua miladi tu mesti suka." perli Husna. Senyuman sinis dihadiahkan.

No comments:

Post a Comment