Monday, 4 February 2013

Bawaku Pergi... 4

Bab 4

Rozaina terkejut dan secara reflex,dia menghayunkan penumbuk ke muka Zahfran. Bushh!! Bunyinya...

Zahfran terkebelakang dan terduduk. Matanya terpaku pada wajah Rozaina yang merah menahan malu yang amat. Tak sedar yang muka dia pon merah macam buah apel sebenarnya. Pipinya yang terasa sakit dibiarkan sahaja.


Rozaina terpaku. Langsung tak tahu nak kata apa. Wajah Zahfran ditatap. "Sa... saya minta ma... af." tergagap-gagap dia meminta maaf. Dia memandang sekeliling yang agak sepi. Takde orang. Jadi tiada siapa yang nampak kemalangan yang memalukan tadi.

"Ha? Ah! Say... saya pun nak minta maaf. Saya betul-betul tak sengaja tadi" Zahfran bangun dan menapak beberapa langkah ke belakang,jauh daripada Rozaina.

Rozaina tersenyum kelat dan berlari pergi dari situ.

Zahfran terduduk semula. Jarinya menyentuh bibirnya.

Rozaina berlari ke arah kolam renang yang besar yang terletak di bahagian luar. Terdapat tiga lelaki yang berenang di kolam itu pada waktu malam. Rozaina mencampakkan benda-benda penting ke tempat lain dan terjun ke dalam kolam renang. Tiga lelaki yang leka berenang terkejut dengan Rozaina.

Rozaina masih tidak keluar dari dalam air. Dia berendam. Malunya masih berbaki, Sejak tadi,dia merasakan mukanya panas,terlebih panas! Selepas beberapa saat barulah dia ke permukaan. Dia mengambil nafas seketika dan masuk balik ke dalam air. Tiba-tiba dia teringat kejadian tadi. Argh!! Malunya!!!

*****

Dengan baju yang basah lencun,dia melangkah masuk ke dalam hotel semula bila perasaannya mula tenang. Barang-barang yang dicampak tadi dikutip semula. Tak jadi dia hendak melangkah ke Meal Cafe! sebaliknya dia terus masuk ke bilik suitenya. Selepas kejadian tadi terus hilang selera hendak makan. Perut yang lapar jadi kenyang.

Keadaan di dalam agak lengang. Maklum,waktu sudah menginjak ke pukul 11 malam.

Masuk saja dalam lif,dia terbayang akan kejadian tadi. Serta-merta wajahnya bertukar merah. Disebabkan tiada sesiapa pun dalam lif itu,terus dia menghentakkan kepalanya ke dinding lif itu dengan kuat dengan harapan kejadian tadi hilang dari kepalanya. "Argh!! Kenapa benda tu kena jadi?? Ditambah pulak dengan dosa. Adoyai! Masuk neraka la aku,jawabnya." keluhnya kasar.

Pintu lif buka dan terus dia masuk ke bilik dan tukar baju. Baju yang basah lencun itu diletakkan dalam bilik. selesai sahaja,terus dia baring ke atas katil. Penat barangkali berendam dalam kolam renang itu dengan agak lama. Dia mengeluh berat. "Tidurlah..."

Baru sahaja matanya hendak tertutup rapat,telefon bimbitnya berbunyi. Rozaina mengeluh berat sebelum mengangkat panggilan tanpa memandang skrin telefon. "Helo? Assalamualaikum?"

"Waalaikummussalam. Ni aku,Husna."

Terus mata Rozaina terbuka luas. " Husna! Asal baru sekarang kau telefon aku? Tina dengan Tini mana? Kenapa aku telefon dorang tak angkat?"

"Itu sebab..."

Belum sempat Husna menghabiskan kata,Tina merampas telefon bimbit Husna. Muka cemberut Husna tidak dilayan. "Helo? Rozaina,ni aku,Tina." kata Tina.

Rozaina mula rasa pelik. "Hey. Tina,kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang off ni?"

Tina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dipandang lagi Husna yang duduk di atas katil hospital sementara Tini sedang tidur di atas sofa. "Hmm... sorry tak angkat tapi masa kau tengah telefon tu,kitorang off kan phone sebab ada satu manusia ni degil sangat tak nak pergi hospital walaupun dah pengsan." gumamnya geram.

"Huh?"

"Tengah hari tadi,Husna pengsan. Nasib baik aku dengan Tini tergerak hati nak balik rumah,tengok keadaan dia. Doktor kata Husna demam sebab stress dan selalu sangat fikir. Tapi sekarang aku rasa dia dah sihat walafiat dah."

"Kan aku dah kata tak payah bawak aku pergi hospital." Rozaina  terdengar rungutan Husna,

"Doktor kata kalau kitorang bawak kau lambat lagi,keadaan kau akan jadi kritikal lagi,tau tak!" Tina menyinga marah.

Husna menjelirkan lidah. Kecut juga perut Husna bila Tina marah.

Rozaina ketawa. "Korang ni,lah kan. Tina,bagi phone ni kan Husna. Aku nak cakap sikit kat dia lepas tu,nanti aku ada cerita nak bagitahu kat korang."

Berkerut dahi Tina mendengar. "Cerita apa?" tanya Tina.

"Nanti aku bagitahulah. Pass phone ni kat Husna."

Tina menghulurkan telefon itu kepada Husna seperti yang disuruh. Husna mengambilnya. "Nak cakap apa?"

"Kenapa kau minta dekat Tan Sri Mahmud suruh aku buat pemantauan dekat sini?" soalnya tanpa berlapik. Suaranya mendatar.

Husna mengeluh. Dia diam seketika. "Kau selalu merungut pasal orang tua tu,kan?" Rozaina diam. "Aku ingat nak suruh kau buat kerja ni supaya kau boleh pergi jauh dari orang tua tu. Tak tahu pulak yang orang tua tu pun nak ikut sekali. Lagipun,kau pandai tangkap budak,kan?"

"Maksud kau?"

"Bos kecik aku ada terima laporan. Company dari mana entah hantar pengintip ke company kita. Semua hotel,challet,restoran,etc,kitorang dah hantar orang untuk buat siasatan. Untuk Skudai,aku hantar kau. Tapi kitorang masih lagi belum dapat apa-apa keputusan dari yang lain jadi bagi aku,kau adalah harapan utama aku untuk company ni." jelasnya.

Rozaina mencebik. Dari baring,dia terus duduk bersila di atas katil. "That's not the main reason,isn't it?"

"Heh,clever girl. You're right,it's not the main reason. Tapi yang itu sebab yang ke-2."

Rozaina merengus kasar. "Stop playing games with me,Husna. Apa sebab kau yang utama?!"

"Sebab aku nak kau jumpa dengan CEO kita. Hari tu  kau ada cakap yang kau nak jumpa dia,jadi ini adalah peluang kau. Dia ada beberapa kerja dekat Skudai jadi aku ingat ini adalah masa yang bagus."

Rozaina terdiam. Tak mampu nak fikir apa-apa lagi. Otaknya bercelaru. "Wait,Husna. Aku tak faham. Kenapa? Apa kena mengenanya dengan semua ni? Tak logik la wei!" marahnya.

Husna mengeluh. Dipicit bahunya yang terasa lenguh. "Memang la tak logik. Aku cuma bagi kau peluang aje. Apa lagi yang kau nak tanya?"

Rozaina mengetap gigi. "Kau ni,kan... apa-apa ajelah! aku malas nak fikir lagi dah. Aku ada cerita nak bagitau. Loudspeakerkan phone ni,Husna." arahnya. "Dah loudspeaker?" tannya Rozaina.

"Dah. Tina dengan Tini ada kat sebelah aku ni. Kau nak cerita pasal apa sampai kitorang semua kena dengar,ni?" rungut Husna meluat.

"Tch. Kalau taknak dengar,sudah. Aku cuma nak bagitau yang aku tercium seseorang ni."

"What?!" menjerit mereka berdua mendengarkan perkara itu. Mata yang tadi nak terkatup terus terbuka luas macam nak terjojol keluar pon ada. Rozaina terpaksa menjauhkan telefon daripada telinganya sekejap. Pekak jugak telinga aku ni!

Belum sempat Rozaina hendak memarahi mereka,pintu wad bilik Husna dikuak dari luar. Seorang jururawat dengan senyuman manis,bertubuh langsing dan tinggi seperti seorang model memandang mereka. Lantas,telefon bimbit yang dipegang Husna disorokkan di bawah bantal. "Cik,tolong perlahankan suara bila nak bercakap. Pesakit yang lain nak rehat,ya cik." pesan jururawat yang bertudung itu.

Husna,Tina dan Tini membalas senyuman dan jururawat itu kembali menutup pintu. Kemudian,ketiga-tiga mereka melepaskan nafas lega. "Fuh! Nasib baik tak kena tangkap." ngomel Tina tanpa sedar.

Rozaina yang dapat mendengar sayup-sayup suara jururawat itu tersenyum sinis. "Padan muka. Kehkehkeh." gelaknya jahat.

"Apa 'padan muka','padan muka'?" sergah Tina.

Rozaina tersengih. Ingatkan dorang tak dengar tadi. "Takde apa-apalah. Hehe."

"Banyaklah kau 'hehe'! Ni,budak mana pulak kau pergi cium ni. Budak umur 5 tahun?" bebel Tina lagi.

Kepalanya yang tak gatal,digaru lembut. Dapat menyangka apa akan berlaku sebentar lagi. "Bukan budak umur 5 tahun tapi budak lelaki yang dah besar panjang. Nak kata suami orang boleh kot. Aku tak tahulah."

"Apa?! Kau dah gila ke Rozaina? Memang teringin nak masuk neraka ke apa? Kalau dia tu suami orang,isteri dia tu akan serang kau tau tak!"

Rozaina ketawa berdekah-dekah. Terasa seperti ada yang menggeletek perutnya bila mendengar bebelan Tina itu. "Wei,aku tak pasti yang dia tu dah jadi suami ke belum. Lagipun,that kiss happened by an accident. It wasn't on pupose! Tapi,handsome jugak mamat tu." sempat lagi dia memuji sambil tersenyum miang. Sebenarnya dia hendak mengusik orang yang di sebelah sana.

"Isy! Aku telefon Jabatan Agama Islam jugak ni,kang. Hang ni dah gila ke? Entah ya entah tidak accident." gumam Husna marah.

Rozaina ketawa lagi kuat dari tadi. "Kau cakap macam kau tahu muka dia macam mana! Adoi... sakit perut aku sebab gelak. Betul,aku accidently tercium dia. Kitorang sama-sama tak tahu benda tu akan terjadi. kenal pun tidak." kemudian barulah Rozaina ceritakan dari A sampai Z. Cuma pasal,mata lelaki yang bewarna hijau dan orangnya adalah orang yang pernah tolong dia di Sunway Piramid semalam,tidak diberitahu kepada gerangan di sebelah sana. Tidak tahu dan tidak faham dengan diri sendiri mengapa dia menyimpan perkara itu. Lidahnya berat menyatakan perkara berikut dan dia membuat keputusan untuk merahsiakan perkara itu.

"Faham?" soal Rozaina bila habis cerita.

"Drama habis." sindir Tina.

"Dah tu,kau nak aku buat apa? Memang itu jalan ceritanya." kata Rozaina tidak puas hati dengan sindiran Tina itu.

"Pasal kau pergi terjun pastu berendam dalam swimming pool sampai 2 jam tu pun drama." Tini pula mencemuh. Husna ketawa mendengar.

Rozaina mencebik. "Lantaklah. Best apa berendam dalam swimming pool tu." Rozaina masih tidak mahu mengalah.

"Emm... tahulah yang swimming pool tu dekat luar. Tapi tak takut ke kena tegur hantu air ke apa? sakat si Husna.

"Hantu mana wujud. Lagipun aku dah banyak jumpa benda yang lebih menakutkanlah." gerutu Rozaina.

"Bagi contoh!" arah mereka bertiga pula.

Rozaina terdiam. Kalau aku nak bagi contoh,bagi yang paling ringanlah. Yang paling ringan... kena culik dengan mafia. Gila! Takkan aku nak bagitau dorang kot! Bagi aku ringan tapi bagi dorang,berat!! Isy. Aku tak boleh nak kata apa dah ni. Kalau dorang tahu,mampus aku! "Ah... takde apalah. Aku takde contoh." sudahnya itu yang keluar dari peti suaranya. Tersengih memanjang,terkenang masa yang agak pahit itu.

"Tinggi ke mamat tu?" tiba-tiba Tini bertanya.

Rozaina mengerutkan dahi. "Tinggi. 180 cm rasa aku." Terbayang akan ketinggian lelaki bermata hijau pekat itu. Tinggi betul mamat tu.

"Rambut hitam?"

Makin berkerut dahi Rozaina dengan soalan Tini. "Hitam berkilat dengan gaya Mohawk. Pakai suite yang mahal,body shape punya. mesti tempah. Hidung mancung. Bibir,merah dan pink macam pakai lipstick padahal tak pakai pun. Kulit putih melepak. Badan dia sasa dan tegap. Apa lagi eh?" sengaja menyakat Tini yang terlebih mahu tahu perihal pemuda itu.

"Mata dia?"

Alamak!! "Mata dia... mata dia... emm. Warna coklat!" tergagap dia menjawab. Argh! Hentam sajalah!! "Eh,kejap. Asal kau tanya?" terluah juga soalan yang tersimpan tadi.

"Saja tanya. Mana tahu kot-kot kau dah terjatuh cinta pada dia,senang aku nak promotekan kau." bersahaja Tini ucap.

"Banyaklah kau. Kalau dia tu milik orang,macam mana?"

"Wei,kalau kahwin boleh bercerai-berai,apakan lagi dengan kekasih,tunang? Hmm?" soalnya.

Rozaina memuncungkan bibir.

"Hal yang ni,tak boleh." Husna membentak perlahan.

Kening sebelah Rozaina terangkat. "Kenapa?"

"Sebab aku dah ada calon untuk kau." ucapnya dengan bangga.

"Husna,kau ni bukan mak aku. Tak payah nak kata ada calon bagai. Mak aku pun tak macam tu." selamba je Rozaina walaupun ada terbit kemusykilan. Ayashi...(Suspicious...).

Husna tersenyum manis. Tina dan Tini yang berada di sebelah memandang dengan perasaan yang pelik. Kembar itu melihat anak mata Husna,mencari apa yang Husna cuba sembunyi namun tidak dijumpai. "Aku tahu dia adalah lelaki yang terbaik untuk kau. Jadi bersedialah,Rozaina sebab aku akan pastikan yang korang berdua jatuh cinta sampai korang tak boleh berjauh biarpun sesaat." janjinya pada Rozaina. Akan dia pastikan mereka berdua bersatu!

No comments:

Post a Comment