Thursday, 7 February 2013

Bawaku Pergi... 5

Bab 5


Rozaina membuka mata yang terasa berat. Barangkali kerana masih mengantuk. Semuanya salah Husna. Lepas Husna berkata begitu,terus talian dimatikan oleh Husna dan apabila Rozaina menelifon, langsung tidak diangkat. Penat berfikir sepanjang malam tentang apa yang Husna maksudkan, dia akhirnya terlelap pada pukul 3 pagi.

Perlahan-lahan dia melangkah ke dalam tandas dengan tuala disangkutkan ke bahu kirinya. Perutnya berbunyi kuat. Emm... kena makan kalau tak, belum buat kerja dah pengsan. Maklum, hanya roti telur yang sempat dia jamah pagi semalam. Itu pun nasib baik Tan Sri Mahmud arahkan pekerja dia siapkan peti sejuk mini tu dengan air kosong yang berbotol-botol dalam tu awal-awal. Dapat jugaklah dia mengisi perut dengan air kosong sampai habis 4 botol kecik. Orang kata air lagi penting dari makanan. Air kalau minum tapi tak makan sampai tiga hari boleh bertahan. Makan, sampai sudah tak tahan.

Dah siap mandi, terus dia sarungkan sehelai T-shirt panjang warna merah dan seluar jeans biru. Tudung putih menutup rambutnya yang panjang sehingga melebihi pinggang tetapi disanggulkan. Dia memakai selipar dan keluar rumah setelah mengambil dompetnya dan tidak lupa dengan kad kunci bilik.

Sampai sahaja di lif, dia menekan butang lif ke bawah. Pintu dibuka bila sampai di tingkatnya dan baru sahaja Rozaina hendak menapak masuk, dia mendongak dan terus terpaku bila terpandang anak mata hijau pekat milik seorang lelaki yang bertubuh sasa memakai T-shirt hitam berkolar, seluar jean Levi's berwarna biru dan sneaker putih dengan rambutnya yang Korean style. Zahfran juga terpaku. Berkali-kali dia menelan air liur saat itu.

Baru sahaja pintu lif hendak menutup, tangan sasa Zahfran menghalang. Zahfran kemudian memberi laluan kepada Rozaina supaya dia masuk sekali. Melihatkan Rozaina masih terpaku macam patung, dia bersuara. "Emm... cik? Masuklah. Saya janji hal semalam takkan berulang lagi." sapanya.

Rozaina mengangguk dan masuk lambat-lambat. Dia berdiri di sudut kanan setelah menekan butang lif. Kedua-dua mereka diam. Rozaina terasa seperti duduk di bilik mayat sahaja di dalam lif itu. Memang la tiap kali naik lif, senyap aje tapi aura dalam lif waktu ni lain. 

Zahfran yang berada di tepi menjeling Rozaina dari pintu besi lif. Kejadian semalam terimbau kembali. Peluh merenik di dahi biarpun di dalam lif takdelah panas mana.

Pintu lif buka terus Rozaina keluar macam kilat dan pergi ke front desk. Liyana tersenyum memandang wajah Rozaina tetapi agak pelik melihat wajah Rozaina sepucat mayat bergerak. Dengan kata lain,zombie.

"Assalamualaikum, Liyana."

"Waalaikummussalam, Cik Rozaina. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" soal Liyana dengan senyuman manis.

Rozaina tersenyum. Hilang resahnya bila teringat akan tugasnya. "Ah, ya. Saya nak jumpa dengan manager di hotel ni. Ada sesuatu yang saya nak bincang dengangnya. Cakap kat dia hal ni urgent dari Tan Sri Mahmud. Kalau boleh jangan lambat, jumpa secepat mungkin."

Liyana mengangguk. "Sebentar. Saya akan bertanya pada Puan Sarimah,"

Liyana mengambil gagang telefon yang tersedia di sebelah kanannya dan menekan beberapa nombor di atasnya. Selang dua tiga minit,dia meletakkan gagang telafon itu dan memaniskan senyuman kepada Rozaina. "Cik Rozaina, Puan Sarimah berada di dalam pejabatnya. Sila pergi ke tingkat dua, terus jalan ke kiri dan ketuk sahaja pintu yang ketiga ke kanan,ya."

Rozaina mengangguk dan berlalu pergi. Kepalanya ligat berfikir apa patut dia cakap dengan manager hotel ni. Isy! tak boleh jadi ni. Yang Si Husna ni pun satu! Pergi bagi kerja ni kat aku apehal! Ni nak kena mintak laporan lagi pula ni. Argh!! Balik nanti aku belasah dia cukup-cukup.

Sedar sahaja, dia berada di depan pintu Puan Sarimah. Pintu coklat kayu jati itu diketuk 3 kali sebelum masuk setelah mendengar suara Puan Sarimah. Pintu bilik ditutup dan berdiri di depan meja Puan Sarimah. "Assalamualaikum, Puan. Saya Puteri Nur Rozaina Suhaila, dihantar oleh Tan Sri Mahmud." Rozaina memperkenalkan diri. Tangan dihulurkan.

Puan Sarimah berdiri  dan menyambut huluran Rozaina. "Sarimah Nordin. Silakan duduk cik..."

"Rozaina. Panggil saja Rozaina." Rozaina memotong. Senyuman manis dihadiahkan kepada Puan Sarimah yang kelihatan 40-an, memakai uniform hotel dengan memakai tudung hitam. Rozaina mengambil tempat di kerusi hadapan meja Puan Sarimah. Puan Sarimah kemudian duduk.

"Jadi, ada apa Tan Sri hantar kamu? Kami ada buat salah ke?" tanya Puan Sarimah.

"Tiada apa cuma sekarang ni ada company lain hantar spy ke hotel. Bukan hotel ni aje. Yang lain pun sama. Dan setiap branches, Tan Sri Mahmud hantar orang untuk siasat. Saya pula dihantar ke sini. Kalau boleh, saya nak minta sesuatu kepada Puan Sarimah untuk selesaikan tugas saya ni dengan cepat." Rozaina menerangkan dengan muka yang tenang walaupun ternampak sedikit serius.

"Selagi boleh." jawab Puan Sarimah tenang.

"Saya perlukan laporan dari semua bahagian. Bukan bulan ni tapi hari ni dan esok dan seterusnya sehinggalah tugas saya selesai. Senang nanti kalau jumpa benda yang pelik." terangnya lagi. "Boleh, Puan Sarimah?" pintanya untuk kepastian.

"Saya akan maklumkan kepada mereka semua nanti. Selain daripada itu,ada lagi?"

Rozaina diam memikirkan perkara apa lagi yang perlu dia katakan kepada Puan Sarimah. "Buat masa ni tak ada lagi selain yang tadi. Apa pun,kalau ada masalah saya akan beritahu pada Puan Sarimah."

Selesai berbincang dalam 10 minit lagi,Rozaina berlalu keluar dari bilik dan turun ke bawah dengan lif ke lobby. Di hujung lobby terdapat tangga yang menuruni ke bawah. Barangkali terdapat ballroom di situ manakala King dan Queen ballroom terletak di tingkat 15 dan 14. Dia masuk ke dapur dan terdapat lebih kurang 10 orang yang memakai baju putih,baju chef dengan toque blanche di setiap atas kepala mereka ke hulu ke hilir dengan bunyi keletang keletung sana sini. Kalau dah namanya dapur,memang la dengan kuali berlaga dengan sudip sahaja bunyinya tambahan pula dengan suara chef-chef dari muda sampai ke tua menjerit sesuatu.

Sewaktu dia berlalu dari Ballroom itu, kelihatan seperti semua persiapan sudah sedia untuk sesuatu majlis di ballroom itu. Pelayan lelaki dan perempuan berpusu-pusu ke sana sini sebaik menerima arahan.

Chef-chef perasan akan kehadiran Rozaina namun mereka meneruskan kerja mereka kerana tidak mempunyai banyak masa. Akhir sekali seorang chef lelaki bertanya kepada Rozaina kenapa dia berada di situ.

"Saya datang nak pinjam dapur kejap. Nak masak maggi, boleh?" tanya Rozaina sambil menayangkan muka comel.

"Hah??!!" menjerit semua chef di situ mendengar permintaan Rozaina.

"Cik, dapur lain banyak lagi,kenapa dapur ni jugak cik nak menyemak?" bentak salah seorang chef.

Rozaina tersenyum manis. "Nama saya Puteri Nur Rozaina Suhaila. Boleh panggil saya Rozaina sahaja. Saya di sini kerana ingin membuat tugas saya dengan memantau keadaan sekeliling di setiap ceruk di hotel ni. Dengan kata lain, saya datang ni nak buat spot check, di atas arahan Tan Sri Mahmud. Jadi, saya minta maaf kalau mengganggu chef-chef sekalian. Niat saya cuma nak menjenguk tapi dah alang-alang ada kat dapur, ada baiknya saya masak."

Semua termanggu. Ayat akhir tu dorang tak berapa layan walaupun ada perasaan hendak melesing gadis comel dan cantik depan mereka tu kerana ayat akhir tu. Dah tau orang tengah sibuk, dia nak menyemak dekat situ hanya kerana nak masak maggi pulak dah.

"Err... macam ni cik. Better cik pergi masak kat tempat lain, then cik boleh datang ke sini balik untuk buat spot check lepas makan." ujar seorang chef yang memakai tanda nama Hanif.

Rozaina menggeleng kecil. "Maaf tapi saya tetap dengan nak masak di sini."

Semua mengeluh sebelum meneruskan kerja mereka yang terbengkalai sekejap tadi. Kalau seseorang tu degil, keras kepala, cakap apa pun tiada gunanya. Mereka sudah berpengalaman kerana sudah banyak kali berjumpa dengan orang yang seperti itu via customer mereka yang banyak songeh.

Rozaina tersenyum kemenangan. Kakinya bergerak perlahan, mengingati muka dan nama-nama orang. Lelaki pertama yang menegurnya tadi bernama Farel, seorang lelaki yang kelihatan dalam lingkungan awal 20-an. Lelaki yang membentak pula namanya Wan, dalam lingkunagn awal 20-an juga. Hanif, Jamil dan Hamdan juga seperti dalam 30-an. Lan, Tebu,Yussuf dan Rahmat pula kelihatan 40-an manakala Midi dalam 50-an.

Seketika,dia teringat kembali nama yang disebut tadi dan sewaktu dia memperkenalkan diri pada Puan Sarimah. Tipulah kalau kata dia tidak rindu akan nama sebenarnya namun dia harus menyandang nama Nur Rozaina binti Ahmad Farhan sehingga tugasnya yang sejak bertahun lalu selesai cuma waktu dia berada di Skudai, dia terpaksa menggunakan namanya. Tanpa sedar, dia tersenyum kelat kepada diri sendiri.

Kreuukkk... Gruuu... kreiikkk...

Amik kau! Betapa kuatnya bunyi perut Rozaina sampai semua chef memandang dia dengan tajam dan serentak!

Rozaina tersengih menahan malu yang menebal kerana terkantoi. Memang patut pun perutnya berbunyi macam tu kalau dah sehari suntuk tak makan. Waktu pun sudah masuk tengah hari. "Maaf." sepatah dia berkata, semua kembali membuat kerja. Pandang tempat lain lama-lama habis hangus makanan jadinya nanti.

Hanif mengeluarkan periuk kecil dan meletakkan dia atas meja dapur, depan Rozaina. "Jangan kacau kitorang masak." Hanif memberi amaran.

Rozaina mengangguk lalu dia mengisi air dalam mangkuk dan memanaskan air. Perencah dimasukkan bila air mula menggelegak kemuian dia mengambil lobak merah yang baru dibuang kulitnya dan memotong terus. Sayur-sayur yang lain juga dimasukkan. 5 Lala yang Hanif berikan kepadanya baru tadi,dimasukkan. Setelah pasti yang magginya sudah masak,dia mengambil mangguk putih yang memang tersedia awal sejak dia masak tadi dan menuangkan isi-isinya ke dalam tu. Bau maggi kari itu membuka selera Rozaina.

Chef-chef yang terbau akan makanan Rozaina menoleh sepintas lalu sahaja. Rozaina yang baru sahaja hendak menyuapkan maggi ke mulutnya, satu deringan telefon berbunyi nyaring. Rozaina meletak kembali garfu dan memandang wajah Jamil yang pada mulanya biasa sahaja sebaik mengangkat telefon tetapi mukanya makin bertukar pucat selepas selang beberapa minit.

Toque blanche yang terletak cantik di atas kepalanya ditanggalkan. Dia meraup mukanya dengan kedua belah tapak tangan sebelum menghembus nafas berat.

"Mil? Keena nak bersalin ke?" tanya Hanif yang pelik dengan Jamil. Dia tahu Sakeena, isteri Jamil yang mengandung hanya menunggu masa untuk bersalin je.

Jamil mengangguk lemah. Hanif menepuk perlahan bahu Jamil, menyuruh dia bersabar.

Dahi Rozaina berkerut. Sepatutnya Jamil berlari keluar dari dapur ke sisi isterinya yang amat memerlukannya tetapi Jamil hanya berdiri kaku. "Bang Jamil,better abang pergi. Kak Keena amat memerlukan abang lebih daripada kami." tegur Rozaina kepada Jamil. Cara percakapannya bagaikan mereka berdua sudah lama berkawan.

Jamil menggeleng perlahan. "Kalau aku pergi, sape nak buat cheese cake dengan lava cake ni?" gumamnya.

Rozaina tersenyum. "Laa... itu ke apa yang abang duk pikirkan dari tadi. Pasal kek tu,biar saya yang buat. Abang boleh pergi ke hospital sekarang." ucapnya yang sebenarnya arahan.

Jamil memandang Rozaina yang berdiri di depannya. Dia tersenyum sinis. "Apa yang kau tahu?"

"What I know is not the problem here. I'll manage baking those cake. Tak perlu nak menyindir bagai, bang Jamil. Ever since saya dihantar ke sana, saya kena belajar memasak sebab mereka fikir mereka boleh guna bidang tu. Untung juga kena hantar ke sana." kata Rozaina sedikit bangga. Dia memandang Jamil yang masih merenung tajam. Rozaina mengeluh dan berpeluk tubuh. "Melt the butter and chocolate together over a double-boiler, or microwave for a short time. Stir to combine. Whisk together the eggs and sugar until the mixture is light yellow in color, and the sugar is dissolved. About 3 minutes. 

Stir the warm chocolate mixture into the egg mixture and whisk until combined. Sift in the flour, cocoa, and salt. Fold in with a spatula until combined. Spoon into 4 buttered 5-oz ramekins, and tap on the table to settle any air bubbles. Refrigerate for 30 minutes. 

Preheat oven to 425 degrees F. Place ramekins in a baking dish and add water until it is halfway up the sides. Bake for 15 minutes. Dust with powdered sugar and serve warm. The cakes can be turn out, or served in the ramekins." 

Ternganga mulut Jamil dan Hanif mendengar. Mereka berdua berdehem kecil. "Dengar macam ambil dari Auntie Google je." perli Jamil.

Rozaina mengetap gigi. Eeeiii... dia ni. Dah cukup baik aku nak tolong tapi suka memerli! Aku cilikan mulut tu baru tahu, takpun aku letak lipas ke taik cicak ke kat makanan yang korang masak baru tau! Nak buat macam mana, cikgu chef aku memang bagi yang sebiji macam kat Auntie Google tu. Itupun nasib baik aku ingat sebab aku belajar tu masa aku umur 8 tahun!  Tak boleh jadi ni. "Preheat oven to 325°F if using a silver 9-inch springform pan (or to 300°F if using a dark nonstick 9-inch springform pan). Mix crumbs, 3 Tbsp. sugar and butter; press firmly onto bottom of pan. 

Beat  cream cheese, 1 cup sugar and vanilla in large bowl with electric mixer on medium speed until well blended. Add eggs, 1 at a time, mixing on low speed after each addition just until blended. Pour over crust. 


Bake  55 min. or until center is almost set. Run knife or metal spatula around rim of pan to loosen cake; cool before removing rim of pan. Refrigerate 4 hours or overnight. Store leftover cheesecake in refrigerator. Nak lagi?" perli Rozaina pada akhir ayatnya.


Jamil diam sambil mengetap bibir. Dia mengeluh dan meletakkan toque blanche yang dipegangnya sedari tadi di atas kepala Rozaina. Tangan kanannya menepuk bahu kanan Rozaina lembut dan berbisik. "Aku percayakan kau." sekali lalu dan terus Jamil keluar dari dapur dan mencampakkan apron putihnya kepada Rozaina tanpa berkata lagi.

Hanif, kawan baik Jamil, terkejut melihat Jamil yang berlari keluar. Dia memandang Rozaina yang masih kaku berpeluk tubuh sambil tersenyum.

Rozaina yang masih dengan senyumannya sedar dari lamunan. "Majlis tu start pukul berapa?" tanya Rozaina dengan suara yang agak kuat. Takut masanya tak cukup untuk membuat cheese cake yang mengambil masa yang lama.

"Majlis tu start pukul 8 malam. Kita kena siapkan sebelum masa tu." jawab Farel.

Rozaina memandang sekeliling. "Where are the others? Why only ten people?"

"Hilang." jawab Midi sepatah. Mukanya yang serius bagaikan askar yang sedia untuk berperang membuat Rozaina kecut. Bagi chef, memasak di dapur sebenarnya bagaikan askar berperang dengan masa, kata chef yang mengajar Rozaina waktu dulu.

"Macam mana boleh hilang?" tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Midi.

"Patutnya dorang ada sebaik masuk pukul 9 pagi untuk siapkan mana yang perlu dulu tapi mereka tak datang." sela Wan pula dengan suara yang kuat dari biasa. Marah tak terhingga.

Rozaina mengangguk. Sambil dia memakai apron yang Jamil campakkan kepadanya, dia berfikir betapa peliknya mengapa chef yang lain tidak hadir. Sebaik siap memakai apron putih, dia mula membuat kerja.

*****

"SIAP!!" jerit Rozaina lantang.

Chef-chef yang lain memandang cheese cake yang dipotong empat kecil-kecil. Satu potong unutk satu pinggan. Di atas chees cake dihiasi dengan potongan-potongan strawberry segar. Dipandang pula lava cake yang berpuluh-puluh diletakkan dan diberikan kepada pelayan yang datang mengambil cake-cake itu. Hanya tingan 15 cheese cake dan lava cake sahaja di atas meja dapur. Kerja mereka akhirnya selesai.

"Ni saya buat unutk kita semua jamah. Bang Hanif, tapau dua cheese cake ni dengan dua lava cake ni. Bagi dekat bang Jamil dengan kak Keena." ucapnya. Rozaina memerhati seorang demi seorang dalam dapur itu. Mereka masih tidak menyentuh kek yang dibuat olehnya. Rozaina menjungkitkan sebelah keningnya. "Makan?"

Barulah mereka semua mengambil kek cheese terdahulu dan mengambil sudu untuk memotong bahagian kecil dan menyuap ke dalan mulut. Masuk sahaja dalam mulut, mereka terdiam. Rozaina pelik. "Tak sedap ke?" tanya Rozaina,jujur. Takut juga kalau tak sedap. Tapi melihatkan mereka makan sampai habis, dia tersenyum.

Hanif tidak dapat menahan lidahnya. "Ina, pandainya kau buat. Orang yang ajar kau tu mesti terror." pujinya.

Farel mengangguk. Hamdan mengambil pinggan kecil yang di atasnya terletak lava cake. "Nak puji, puji lepas kita merasa lava cake ni dulu." kata Hamdan.

Masing-masing mengangguk dan mula memotong lava cake. Coklat melimpah keluar dari dalam. satu suap ke mulut terus mereka bising, berkata dan memuji betapa sedapnya lava cake buatannya itu. Rozaina tersenyum manis kerana akhirnya dapat diterima oleh mereka.

Telefon bimbit Hanif berbunyi. Dia menyelukkan tangan ke dalam poket seluarnya. Memandang skrin dan cepat sahaja menekan punat hijau bila tertera nama Jamil. Sepanjang masa dia tersenyum. Belum lagi dia menekan punat merah,dia menjerit gembira. "Keena dengan Mil dapat baby girl!!"

Semua akhirnya bersorak gembira. Ada yang berpelukan kerana terlalu gembira,ada yang hi-five sesama lain dan ada yang tergelak melihat adegan semua itu. Rozaina masih lagi memaniskan senyuman. Diseka air mata yang mengalir kerana bahagia.

Hanif dan Farel menepuk kuat bahu Rozaina. "Benvenuto alla signora famiglia, giovane!" 

"Bienvenue dans la famille, mademoiselle." Sebut mereka serentak kemudian.

"Merci à tous." balas Rozaina girang dan mereka semua ketawa bahagia.







Translation untuk French dan Italian

 'Bienvenue dans la famille,mademoiselle' = Selamat datang kepada keluarga, cik

 'Benvenuto alla signora famiglia, giovane' = Selamat datang kepada keluarga, cik muda

'Merci à tous' = Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment