Jam yang berdeting menusuk ke telinga Rozaina. Rozaina merengus geram. Selimutnya ditarik menutup dirinya untuk menghilangkan kesejukan yang menggigit tubuhnya. Bila jam yang terletak di tepi meja katil kirinya masih tidak berhenti berbunyi,dia merentap jam tersebut dengan kasar. Saat jam itu hampir dilemparkan ke dinding hingga berkecai,terdengar suara Tina melarangnya. Jangan hancurkan pulak jam loceng tu.
Rozaina melepaskan keluhan kecil. Di atas jam digital itu ditekan untuk menutup alarm dan meletakkan jam itu ketempatnya. A promise is a promise. Aku dah janji dengan Tina yang aku takkan hancurkan jam hotel ni. Kalau benda kecik macam ni pun aku tak boleh buat, sia-sia sahaja aku dilatih macam askar.
Rozaina duduk di atas katil dengan kaki yang melunjur. Selimutnya ditolak ketepi dan terus ke bilik air selepas menggangtungkan tualanya ke bahu.
Selesai membersihkan diri,dia menyarungkan baju kemeja putih berkotak dengan seluar jeans denim biru tua. Baju kemejanya dimasukkan ke dalam seluar dan melilitkan tudung bawal hitam di kepalanya menutup rambutnya. Baju lengannya disisingkan hingga ke siku.
Kad kuci bilik,telefon bimbitnya bersama dompet dicapai dan membolos keluar. Sepanjang berjalan ke lif,dia berkira-kira ke mana harus dia pergi untuk membuat pemantauannya. Pemuda semalam yang memakai baju pelayan menerjah ke minda. Dia! Aku harus berjumpa dengan dia.
*****
"Argh! Mana budak tu? Satu hotel aku cari tapi tak nampak batang hidung dia pun." gumamnya geram. Rozaina mengeluh dan melabuhkan punggung di bangku batu yang terletak di taman kecil milik hotel itu. Menenangkan hatinya yang menggelegak hanya kerana tidak dapat menjumpai pemuda itu.
Sedang dia mengelamun, terdengar pula riuh dari dalam.
"Kau tahu tak baju ni berapa? Beribu! Disebabkan kau rosakkan baju ni, aku nak kau bayar sekarang!"
Terlompat Rozaina dari duduknya. "Hish. Suara macam pontianak. Aku kasi kau jumpa dengan pontianak betul-betul baru tau." rungut sambil dia berlari ke arah suara yang menjerit-jerit dengat ayat yang tidak sedap didengar oleh sesiapa. Laju kakinya melangkah sebaik pasti akan arah suara itu dan tiba di dobi hotel.
"Dobi punya jauh tapi sampai luar boleh dengar." gumam Rozaina geram. Dia melihat lelaki yang menunduk dan wanita yang tak habis melontarkan ayat tak beradab.
"Cik, abang. Apa masalahnya ni sampai suara cik boleh dengar dari luar?" tegur Rozaina lembut sebaik berada di sebelah wanita yang memakai dress singkat dengan pelbagai barang kemas. Emm... anak orang kaya. Loya tekak Rozaina memandang. Kot cantik pun cover la sikit...
Dipandang pula pekerja lobi itu. Seperti biasa, dia memakai baju pekerja hotel dan masih lagi menunduk. "Bang, kenapa cik puntianak ni mengamuk sakan?"
Terhinjut bahu lelaki itu dengan sikap selamba badak Rozaina. Wanita tadi memandang tajam kepada Rozaina. sbeleum anita itu sempat memaki kepadanya, Rozaina memotong. "Cik baik cik keluar sebelum saya suruh pengawal heret awak pergi dari sini. Tak kisahlah kalau awak nak report ke apa. Saya bukannya pekerja di sini. Jadi kalau tak nak rasa malu, baik cik diam."
"Baju mahal dia hangus. Sekali lagi, saya minta maaf, cik. Tak sengaja langsung!" pinta pekerja itu.
Rozaina menoleh pula pada wanita yang di sebelahnya. "Jadi, cik boleh maafkan dia tak?"
"Selagi dia tak bayar balik duit tu, selagi itu saya tak akan maafkan dia." sentap wanita itu.
"Heh! Gedik..." rengus Rozaina.
"Hoi perempuan! Jangan ikut sedap mulut kau nak kata aku gedik!" herdik wanita itu. "Hei, kau tau tak aku ni siapa? Didi Qirana!"
Rozaina buat muka terkejut. "Didi? Tak kenal pun nama tu. Didi yang saya kenal tu babun yang dekat zoo tu. Ada budak bagi nama dekat babun tu." tersenyum sinis Rozaina.
Pekerja tadi terbatuk-batuk menahan tawa. Muka Didi Qirana merah.
"Opss... maaf babun. Eh! Silap. Maaf Cik. Apa-apa pun, ni duit awak. Lepas ni tak perlulah ye nak jerit-jerit macam babun hilang anak. Buat malu je." sindir Rozaina tanpa berselindung. Wanita tadi menepis tangan Rozaina yang menghulur duit itu dan keluar.
Rozaina dan pekerja tadi ketawa terbahak-bahak Sehingga terduduk mereka berdua memenuhi ruang dobi itu. Setelah ktawa Rozaina reda, dia mengutip duit yang berteraur di atas lantai.
"Maaf sebab menyusahkan cik." ucap pekerja itu dengan menolong Rozaina.
"Takpe. Tak kiah pun sebenarnya."
Pekerja tadi menghulurkan duit yang dikutip itu kepada Rozaina dan Rozaina terkaku seketika. Lelaki itu adalah lelaki yang sama dengan pelayan semalam. Dia itu pun seakan terkaku melihat Rozaina. Duit yang dihulur itu diambil dngan was-was. Rozaina menjeling. "Baiklah. Bye." dan terus Rozaina berlalu tanpa menjeling ke lobi itu tadi.
Rozaina menaiki lif ke tingkat 2, bilik Puan Sarimah. Diketuk pintu itu berkali-kali sebelum masuk. Rozaina memberi salam dan mengambil tempat duduk di kerusi di depan meja Puan Sarimah. "Puan, kalau boleh saya nak semua fail peribadi pekerja kita."
"Kenapa?" soal Puan Sarimah. Keliru dengan Rozaina.
"Ada sesuatu yang saya nak pastikan."
"Itu mungkin susah. Saya tak pas.."
Rozaina memotong Puan Sarimah laju."Puan Sarimah jangan risau. Kalau ada rahsia, saya tutup mulut. Tapi kalau takut kena marah dengan Tuan Mahmud tak perlu sebab Tuan benarkan apa saja yang saya perlukan biarpun fail peribadi pekerja."
Puan Sarimah memandang Rozaina lama. "Kalau itu yang kamu nak, saya boleh bagi sekarang."
Rozaina tersengih. "Pinjam salah satu komputer Puan ye."
*****
"Aa... Aaachooo!! Heee.... Sejuk, sejuk." rungutnya perlahan dengan memeluk dirinya.
Matanya kemudian meliar di seluruh tempat swimming pool besar itu. Tak ramai pada waktu malam tapi masih ramai jugalah yang berenang. Ada juga yang menyelupkan kaki dan ada juga yang duk bertenggek di tepi kolam.
Senyuman jahat terukir di bibir Rozaina. Kakinya terjengket-jengket mendekati lelaki yang sedang duduk mencangkung di tepi kolam itu.
Zahfran yang baru sahaja hendak memusing kepala terasa dirinya ditolak dan... Bushh!! Habis basah kuyup baju T-shirt hitam dan seluar jeansnya. Zahfran terpempan. Lambat pula otaknya hendak memproses apa yang terjadi. Dia memandang Rozaina yang ketawa di depannya. Bila otaknya mula faham apa yang terjadi, kaki kanan serta tangan kiri Rozaina ditarik kuat oleh Zahfran dan Bushhhh!!
Giliran Zahfran pula ketawa kuat bila Rozaina terkebil-kebil memandang Zahfran.
"Woi! Bahayalah tadi!" Jerit Rozaina dan terus mengejar Zahfran masih ketawa. Mana taknya bahaya kalau kena tarik macam tu. Kalau kepala yang landing kat lantai kolam dulu, dah boleh masuk hospital tu!
Penat Zahfran berenang dari Rozaina sambil ketawa, dia membiarkan sahaja Rozaina memukul dada bidangnya biarpun sakit.
Penat memukul, dia berhenti dan tersenyum sebelum ketawa semula. Entah apa yang lucu, dia pun tak tahu dan Zahfran ikut sama ketawa.
Sedang Zahfran ketawa, dia terpandang baju Rozaina yang basah dan merah mukanya. Terus mati ketawa Zahfran. Zahfran membuka bajunya dan menghulurkan kepada Rozaina yang memandangnya. "Nampaklah baju dalam awak tu." katanya tanpa Rozaina bertanya.
Rozaina memandang dirinya dan terus sahaja dia menyambar baju hitam itu dan menyarungkan pakaian itu pada dirinya. Barulah dia faham kenapa tiba-tiba sahaja Zahfran buka baju. Merah juga muka dia.
Rozaina mula keluar dari kolam. Zahfran juga ikut sama. "Bye!" ucap Rozaina sebelum lari masuk ke hotel sebelum sempat Zahfran kata apa-apa.
Rozaina tak boleh tunggu lama. Dia perlu beritahu apa yang dia dapat pada hari itu. Kemudian baru dia teringat tentang nama pemuda tadi. "Alamak! Aku terlupa lagi." rengusnya marah. Emm... takpelah. Esok, kan ada lagi. Lagipun aku kena pulangkan balik baju dia ni. Rozaina memandang baju yang dipakainya. Besar bagi tubuh kecil seperti Rozaina. Tadi pun semasa di kolam, air sampai ke bahunya tetapi bagi pemuda tadi, Airnya hingga paras dada bidangnya sahaja. Tinggi Rozaina pun tak sampai ke bahu pemuda itu. Emm... nasiblah pendek.
Bersambung....
P/S: Maaf sebab lambat masukkan n3 baru. Agak busy dengan sekolah. Maklum, baru lepas ujian satu macam itulah busynya. Tak sempat nak menulis, terus pengsan. Harap anda maafkan saya dan enjoy!

No comments:
Post a Comment